Salam. Hari
ini penulis nak berkongsi tip bawa anak kecil masuk panggung wayang. Penulis
pernah cuba dua kali setakat ini alhamdulilah Berjaya melepasi halangan ini.
Hihihi. Kalau tak silap penulis kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma dan
tak perlu beli tiket. Dah jimat disitu. Yelah mereka pun kecil lagi belum nak
faham tengok wayang semua ini.
1-Waktu dan masa
tayangan.
Pilih waktu
malam. Seeloknya midnight movie pukul 11 malam keatas. Kerana majority baby
ketika ini telah penat dan akan tertidur. Ditambah lagi dengan keadaan dalam
itu gelap jadi peratus untuk anak-anak anda untuk mengantuk adalah sangat
tinggi.
2-Sweater / Jaket
Bawalah
jaket / sweater dan selimut untuk anak-anak. Dalam memang dah sejuk, tambah
lagi waktu malam lagi la sejuk. Badan orang dewasa seperti kita tak sama ya
dengan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi
baby. Selimut itu bukan hanya untuk tutup badan tapi sebenarnya lapik jika anak
anda bosan dan mahu baring di bawah seperti anak penulis ini. T_T
3-Bantal baby
Bawalah bantal
juga untuk hilangkan lenguh riba anak yang tidur. Sepertimana kita bawa bantal
kecik ketika dalam perjalan jauh, seperti itu juga anda perlukan bantal untuk
habiskan wayang 2 jam tayangan.
4-Tempat duduk.
Pilih seat
yang mudah untuk ‘parking’ stroller. Kalau dapat yang paling atas lagi bagus.
Senang anak tidur dalam stroller kita tak perlu riba. Sebolehnya di bahagian
tepi. Kalau anda pilih seat tengah, anak meragam nak bawa keluar pun susah dan
mengambil masa.
5-Jajan / Snek
Bawalah
bekalan kudapan biskut kegemaran mereka. Ataupun potong buah kecil-kecil dan
masukkan dalam bekas makanan. Ok pastikan bawak handbed besar untuk sorok
makanan luar. Maklum lah dalam wayang tak dibenarkan bawa masuk makanan luar.
6-Susu
Sediakan
susu yang telah dibancuh. Bukan dalam tu baru nak kalut buat susu. Lagipun
cerita wayang kebiasaanya 2-3 jam dan susu formula kebiasaanya bertahan 2 jam.
Sebolehnya bawa botol extra supaya anda tidak perlu ke tandas untuk mencuci
botol sekiranya anak anda minta susu lagi.
7-Mainan
Pilih mainan
yang boleh buat dia khayal bermain tetapi bersaiz kecil contohnya Lego atau
Playdoh. Yang penting boleh muat masuk handbag. Sekurang-kurangnya anda ada
‘talian hayat’ di saat anak anda menangis tatkala bosan di dalam wayang.
8-Handphone / Tablet
Ini adalah talian hayat anda yang terakhir.
Huhuhu. Sebagai seorang ibu sudah tentu handphone anda ada game atau video
kegemaran mereka kan? Bagi mereka leka dengan bermain handphone. Percaya atau
tidak sebenarnya dalam keadaan gelap pancaran lampu dari handphone itu boleh
membuatkan mereka rasa mengantuk kerana mata letih untuk bekerja lebih apabila
di dalam keadaan gelap
“Salam Ramadhan Al Mubarak"
Untuk pembelian di talian
sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746(Puan Linda)
Comments