Skip to main content

Salam Jumaat versi Sakaratul Maut



Salam jumaat yang penuh barakah di bulan yang mulia ini. Jumaat pertama di bulan ramadhan pada tahun ini.Alhamdulilah kita masih berkesempatan untuk menikmati hari yang berkat ini.

Bila jumaat tiba, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? 


Sembahyang jumaat?


Pisang free di masjid?


Waktu rehat lebih lama boleh pergi mall mana-mana?


Atau teruja kerana esok cuti sudah tidak bekerja?


Penulis mempunyai persepsi berbeza. Mungkin diluar jangkaan semua. Atau mungkin juga ada yang mempunyai impian yang sama. Setiap kali menjelangnya jumaat, betapa penulis berharap malaikat maut datang menjemput untuk meninggalkan alam dunia. Tapi tak bermakna penulis tak takut mati ya. Cuma permintaan itu diselit dengan doa. Doa meninggal di dalam keadaan amal ibadah sudah cukup untuk ke syurga.Betapa penulis berharap dapat mati dalam husnul khatimah. Agar di dalam kubur dilindungi dari fitnah.




Apabila telah sampai ajal seseorang manusia, anak adam akan didatangi dengan sakarat. Malaikat Maut akan berkata :

  • Wahai anak adam, aku cari setitik air untuk engkau minum hilangkan haus ini, namun sudah tidak ada lagi.
  • Wahai anak adam, aku cari langkah untuk bagi kau mengelak, namun sudah tidak ada lagi ruang untuk kau menapak.
  • Wahai anak adam, aku cari sepatah ayat dari mulut kau untuk bercakap, namun sudah tidak ada lagi untuk kau mengungkap.
Wahai roh, keluar lah kau dari badan manusia!! Di saat itulah saat sakarat berlaku.


Sakarat terbahagi kepada dua iaitu :

  1.  Sakarat yang membahagiakan.
  2. Sakarat yang menjadi kecelakaan.


Kalau kita nak gambarkan di saat kematian, maka buntu lah kita. Kerana tiada perkataan yang mampu terungkap dengan kata-kata. Ini kerana tiada tidak ada tempat atau ruang di dalam tubuh yang tidak terasa sakit. Jika di dunia kita cucuk di jari hanya jari yang terasa sakit, namun di saat kematian seleruh anggota terasa sakit hatta sehalus kuku sekeras tulang akan terasa sakit.


Jadi kenapa penulis terasa nak mati ? Kerana penat dah kejar duniawi.. Nak baring rehat dalam kubur bertemankan cahaya Al Quran sampai lah hari kebangkitan.. Jadi sementara masih hidup ni, anggaplah yang Allah masih beri peluang lagi.. maksudnya kita belum bersedia nak mati.. Amal ibadah belum cukup lagi.. Masih belum mampu rehat dengan tenang di alam bazarkh nanti..  masih belum sedia amal ibadah utk elak fitnah kubur lagi.. Ambillah peluang ini, supaya sebelum kamu bertemu dengan Malaikat Maut lagi nanti, anda telah ready . =)




"Salam Ramadhan Al Mubarak"

Untuk pembelian di talian sila hubungi 011-2897 0502 / 019-2121 540 (Puan Linda)

Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-

Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang, Selangor.


Vendor Boutique :-

1.)Prismatic Anggun, 
Lot 01-150-13  tingkat 1. Blkang super 99, PKNS Shah Alam, Selangor.

2.)Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...