Salam Ramadhan,
Alhamdulillah syukur dah masuk hari ke-6 kita berpuasa.Ada yang siap dengan 'checklist' Ramadhan ,Planner Ramadhan dan Jurnal Ramadhan untuk sama-sama merancang yang terbaik pada bulan Ramadhan ini.
Tidak kurang juga bagi yang merancang menu sepanjang Ramadhan untuk tujuan bersahur dan berbuka.
Hari ini Mama Adda nak kongsi aktiviti Adda dan rakan-rakan di Taska yang sediakan puding roti dengan penuh kasih-sayang.Hasilnya sangat sedap.Boleh cuba.
*Resepi Puding Roti*
*Bahan-bahan:*
1 bungkus Roti Gardenia
2 cawan Kismis
6 biji Telur
1 tin Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair/Full Cream
1 tin Air
1 cawan Gula Castor
1 sk Esen Vanilla
*Cara-cara memasak:*
1. Masukkan semua bahan diatas
2. Kacau hingga sebati
3. Kemudian masukkan kismis & roti yg tlh dipotong segiempat ke dlm bancuhan
4. Biarkan hingga kembang selama 10 minit
5. Bakar pd suhu 170° selama 45min
6. Siap utk dihidang
*Kuah Sos Custard*
*Bahan-bahan:*
1 tin Susu Cair
2 sb Tepung Custard
2 sb Gula
*Caranya:*
Kacau semua bahan diatas & masakkan di atas api sederhana.
"SELAMAT MENCUBA"









Comments