Skip to main content

Resepi Ayam Butter / Ayam Buttermilk Simple Versi Paling Malas =p

Salam. Hari ini penulis nak kongsi  resepi yang sedap dan mudah untuk para ibu. Resepi ayam buttermilk versi malas macam penulis. Huhu. Jujurnya setiap kali  penulis google resepi untuk masak, tak pernah penulis ikut dengan sebijik macam yang ditulis. Semua pun ikut ‘gaya dan keperluan’ untuk masak portion masing-masing. Yelah, lain orang lain bilangan ahli keluarga kan? Tak kan lah nak masak satu ekor untuk 20 orang makan. Macam tak cukup je. =D


Bahan – bahan :

Ayam  - Bahagian dada ikut suka banyak mana.

Garam – Bergantung berapa banyak ayam yang diguna.

Butter – Suku dari pek


Suku Pekat @ Susu Cair – Jika mahu kuah banyak guna susu cair 1 tin. Jika tak ada, susu pekat pun boleh. Dalam 3-4 sudu besar dicampur dengan air.

Tepung Ayam -  Bergantung juga berapa banyak ayam guna. Kebiasaan satu kotak ni boleh pakai banyak kali.



Bawang putih – 3-4 ulas sudah cukup

Daun kari – 2-3 tangkai

Telur – 1 biji dah cukup


Cara – cara :


1-     Potong ayam slice atau kecik-kecik. Lepas siap cuci lumurkan dengan garam secukup rasa.

2-     Pecahkan telur, celupkan ayam di dalam telur dan salutkan ayam tadi dengan tepung. Goreng dan toskan ketepi.



3-     Guna kuali lain untuk menumis butter . Perlahankan api ye, takut hangus butter. Tumis bawang putih tadi bersama daun kari.

4-     Setelah cair butter dan naik bau, masukan susu cair/pekat sebanyak mana yang dimahu. Penulis kebiasaanya letak lebih sebab nanti kuahnya makin mengering.

5-     Setelah sebati masukkan ayam yang digoreng tadi.





Taraaa. Lauk malas versi penulis. Nampak macam susah kan? Padahal lagi simple dari masak kari. Huhu. Selamat mencuba.




Salam Ramadhan Al Mubarak"

Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746(Puan Linda)

Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-

Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang 

Vendor Boutique :-

1-) Prisma Anggun,  

Lot 01-150-13  Tingkat 1.
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam

2-) Shaa Love Boutique

Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor

3-) SUQ Venditor Butique & Cafe

5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...