Q: Belum mengandung lagi? A: Allah Sebaik-baik Perancang. Adakah Anda Lebih Baik Dari DIA Merancang?
Perancangan Allah itu sempurna. Tidak lambat tidak juga terlalu cepat. Tepat pada masanya. Begitulah juga bila berbicara tentang zuriat.
Apa yang
penulis ingin kongsikan di sini pengalaman penulis sendiri. Penulis juga
menunggu 5 bulan sebelum disahkan mengandung. Ya, mungkin bagi kalian 5 bulan
itu sekejap saja, tapi bagi kami yang menunggu ibarat 5 tahun lamanya. Tak
boleh tahan sedihnya di hati apabila setiap kali bertemu rakan dan keluarga
akan ditanya ‘sudah ada isi ?’. Penulis hanya 5 bulan, bagaimana mereka yang
menunggu bertahun-tahun lamanya menanti? Sungguh anda dikagumi.
Kenapa
penulis mengatakan bahawa perancangan Allah itu sempurna? Kerana penulis
sendiri telah melalui itu semua. Setiap kali ditimpa ujian, terdetik di hati
Allah lakukan perancangan yg sempurna ada hikmah di sebalik semua ini. Kita
sebagai hamba hanya mampu berdoa dan yakin dalam hati. Penulis berkahwin pada
umur 23 tahun. Suami pun sebaya. Ketika itu kami baru beberapa bulan saja mula
bekerja. Dek kerana kekurangan dana kami memilih untuk membuat majlis sambut
menantu di belah suami 5 bulan lamanya. Ketika ini memang penulis tertekan
dengan desakan keluarga.
Kalau tak buat majlis lagi apa orang kata?
Ulang alik masuk rumah mertua?
Kalau mengandung macamana?
Nak naik pelamin dengan perut besar?
Duduk pulak jauh hujung minggu saja jumpa. Awak dah jadi isteri tanggungjawab pada suami?
Makan minum pakai suami macamana nak jaga?
Nakfah suami bila dia perlu nak bagi macamana?
Paling penting apa orang kata? Lebih lagi mulut mak cik yang bertanya di kampung sana.
Alhamdulilah
perkara ini berlarutan hanya dalam sebulan saja. Penat mulut bertanya diamlah
mereka. Pada bulan kedua penulis dah teruja menanti kehadiran zuriat kami.
Setiap bulan berhabis duit beli kit ujian kehamilan. Setiap kali itu juga
kecewa. Lebih-lebih lagi tengok kawan yang nikah hari sama dah mula ada berita
gembira. Sampai kami jumpa doctor semata untuk tanya. Kenapa belum ada? Doktor
hanya ketawa. Sabar lah belum sampai masa. Dia pula yang ingatkan kami Tuhan
kan ada. Berdoalah minta sama Dia. Malunya rasa ketika itu sedangkan dia bukan
lah seagama.
Sehinggalah
selesai majlis bertandang kami. Seminggu selepas itu tegerak hati untuk uji.
Alhamdulilah rezeki anak itu tepat pada masanya. Tak adalah penulis naik
pelamin ketika perut memboyot berbadan dua. Masa itu barulah terifikir betullah
perancangan Allah itu sempurna. Dia bagi betul-betul lepas kami selesai
kenduri.
Nantikan sambungan di post akan datang minggu
depan. Kenapa Allah uji anda belum dapat zuriat lagi. Kali ni bukan versi pengalaman
diri sendiri. Tapi dari kisah benar dari keluarga dan rakan-rakan penulis
sendiri.
Walk in ke Butik (Jahit Pukal) kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang,Selangor
Vendor Boutique :-
1) Prisma Anggun, Lot 01-150-13 Tingkat 1
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam
Selangor
2) Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor
3) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569,Batu 4 Jalan Kapar
Pekan Rantau Panjang,41200 Klang
Selangor.
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang,Selangor
Vendor Boutique :-
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam
Selangor
3) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569,Batu 4 Jalan Kapar
Pekan Rantau Panjang,41200 Klang
Selangor.



Comments