Pernah tak
ketika anda sedang focus buat sesuatu perkara, secara tiba-tiba satu
‘flashback’ terlintas dalam kepala? Yang kebiasaanya berlaku ialah memori
dosa.. Itu maksudnya hidayah sedang mengetuk pintu hati anda untuk bertaubat
atas dosa yang lama..
Pernah tak
anda sedang makan di restoran anda didatangi dengan peminta sedekah kanak-kanak
atau orang buta? Itu maksudnya DIA sedang menegur anda untuk melafazkan
syukur dengan nikmat yang anda sedang
makan kerana anda boleh makan tanpa perlu meminta-minta..
Pernah tak
anda terbaca post di facebook atau dimana-mana kisah seorang ibu meminta derma
untuk pembedahan anaknya? Itu maknanya DIA mahu anda zahirkan dalam diam betapa
besar nikmat kesihatan anak anda yang DIA kurniakan masih bersuara menangis
meminta perhatian.
Pernah
tak ketika anda memandu di jalan raya,
anda terlihat kereta rosak tersadai di
tepi jalan bersama tuan empunya? Itu bermakna DIA sedang menyentuh hati anda
yang panas itu agar sejuk dan dingin semula
dengan nikmat kenderaan yang anda pandu masih bergerak tanpa masalah
yang tak diduga.
Pernah tak
terjaga dari tidur di tengah malam lalu kita bangun untuk ke tandas ataupun
bangun untuk minum air? Percaya atau tidak itu sebenarnya ALLAH sedang kejutkan
kita dari terus leka dengan kehidupan dunia. Untuk bangun bersujud menangis
mengenangkan dosa.
Apa dosa yang kita lakukan?
Aku sembahyang cukup 5 waktu.
Aku
berpuasa cukup satu bulan.
Aku bayar
zakat fitrah.
Aku pakai
mengikut syariah.
Tapi kenapa
masih belum terlepas dari himpitan kubur? Kerana kita sukar untuk melafazkan
rasa syukur. Dah banyak kali Allah tegur. Tapi kita masih degil dan tidak akur.
Masih lalai dengan nikmat dunia masih lagi kufur. Latihlah diri mulai hari ini.
Biasakan diri menyebut Alhamdulilah atas nikmat yang Allah beri. Setiap kali
ditemukan dengan orang yang DIA sedang uji, maka sebutlah Alhamdulilah atas
nikmat yang DIA pinjamkan har ini. Kerana esok nikmat yang sama belum tentu
kita perolehi.
"Salam Ramadhan Al Mubarak"
Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746 (Puan Linda)
Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang
Vendor Boutique :-
1-) Prisma Anggun,
Lot 01-150-13 Tingkat 1.
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam
2-) Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor
3-) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor


Comments