Skip to main content

investment dunia atau akhirat pilihan anda?


Berlumba-lumba beli kereta mewah, tunggangan apa yg kita ada utk melintas titian sirat?


Kita merasakan kereta yang dibeli untuk haruslah berbaloi digunakan bagi tempoh jangkamasa yang lama. Iyalah hutang dengan bank pun 7 hingga 9 tahun untuk habis bayar. Sudah tentu kita memilih kenderaan yang mampu bertahan lama dan berkualiti. Namun pernahkah kita berfikir, bagaimana kenderaan kita untuk melintas titian sirat? Anda memilih kereta yang mampu bertahan sehingga 9 tahun tapi anda lupa untuk memilih kenderaan di akhirat yg memakan masa beribu-ribu tahun. Ingatlah bahawasanya 1 hari di dunia bersamaan 1000 tahun di akhirat. Lembu / Kambing yang anda akikah ataupun korban di dunia mampu menjadi tunggangan anda esok hari. Marilah kita sama-sama merebut peluang ini.

Bawak kereta laju kejar punchcard takut lewat kerja, bila sembahyang berlengah padahal rezeki datang dari DIA.


Kita sehabis jaga tingkahlaku kita di hadapan bos lebih-lebih lagi kedatangan. Kenapa? Kerana dia yang membayar gaji kita. Anda silap. Duit gaji anda sebenarnya diberikan oleh Allah s.w.t melalui bos anda. Bos anda hanya orang tengah sahaja.Allah yang menentukan untung rugi business bos anda. Kerana bos anda juga hanyalah salah seorang dari hambaNya.


Bersengkang mata study untuk ujian, jawapan utk soalan munkar dan nakir dah hafal?


Seringkali kita berjaga sehingga lewat malam untuk ulangkaji sedangkan kita masih belum hafal jawapan untuk mungkar dan nakir walaupun soalan nya telah bocor sekian lama. Ketahuilah bahawa walaupun kita sudah tahu jawapannya tetapi kita belum tentu dapat menjawabnya. Ini adalah kerana ilmu yang dihafal masih belum tentu kita dapat praktikan di dalam kehidupan seharian.


Kalau nak dating punya lah make up bersiap lama, bila sembahyang sehabis laju toma'ninah entah ke mana. Sedangkan waktu solat itulah waktu 'bercakap' dgn DIA.


Pelik tapi benar. Ini lah hakikatnya kita manusia yang lemah. Tak pernah kusyu untuk bercakap denganNya. Sedangkan kita mampu berjam-jam lamanya bersama kekasih kita. Kenapa? Kerana syaitan itu sentiasa ada menemani bersama. Tiada pernah kekeringan modal untuk bercakap berdua. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa memerhati tingkahlaku kita termasuk lah solat yang dikerjakan. Jadi jagalah solat mu.jangan pernah jemu.



Kalau lah..kalau lah kita sedar yg dunia ini utk sementara, hanya ibadah bekal yg kita boleh bawa di akhirat sana, tentu kita juga berebut buat 'overtime' ibadah kita.. Mati tak kenal usia.. Bayangkan lah di dalam kubur, iphone tak boleh bawa, BMW tersadai di jalanraya, bungalow tak boleh heret masuk kubur sama. Yang ada cuma amal ibadah kita..




Mari menunaikan ibadah lebih selesa dengan telekung koleksi kami di sini

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...