Skip to main content

Hanya 6 Bahan dan 6 Langkah Mudah buat Resepi Aiskrim Oreo McFlurry McD untuk Anak Anda.



Bahan-bahan :


1-     Satu pek biskut oreo


2-     Satu sudu besar ovalett


3-     Satu tin susu cair
4-     3-4 Sudu besar susu pekat manis


5-     Satu sudu besar perisa Vanila


6-     Satu Biji Telur



Cara-cara :


1-     Asingkan biskut oreo dengan isi lapisan tengah putih vanilla antara biskut.

2-     Masukan lapisan vanilla biskut oreo tadi,susu cair, susu pekat, ovalet, telur, vanilla dan air suam separuh tin susu tadi di dalam blender. Kalau tak nak blend pun boleh kacau pakai tangan kalau larat. Penulis tak ada mixer.

3-     Blend sehingga berbuih lebih kurang 5 - 7 minit sahaja.

4-     Pecahkan biskut. Asingkan kepada tiga. Satu untuk dicampur bersama bahan blend tadi. Dua untuk dimasukan setelah tuang ke dalam bekas acuan. (Sebab kalau campur sekaligus biskut semua tenggelam di bahagian bawah acuan) Dan ketiga perlu dihancurkan sebagai topping kat atas.

5-     Tuangkan bahan blend tadi untuk digaul bersama biskut bahagian pertama. (Pastikan tak hancur sangat ya biskut. Sebenarnya lagi besar biskut lagi sedap dimakan.


6-     Masukan ke dalam bekas acuan dan tabur topping. Setelah itu simpan dalam peti sejuk di bahagian freezer. Biasanya penulis buat malam esok pagi dah boleh makan.



Biasanya penulis masukkan dalam bekas dadih ni dapat la 10 bekas. Ni gambar dah tinggal dua sebab dessert manis kan anak-anak suka makan. Mudah kan? Tak perlu lagi pergi beli kat McDonald untuk makan. Buat je sendiri. Selamat mencuba.





Salam Ramadhan Al Mubarak"

Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746(Puan Linda)


Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-

Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang 

Vendor Boutique :-

1-) Prisma Anggun,  

Lot 01-150-13  Tingkat 1.
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam

2-) Shaa Love Boutique

Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor

3-) SUQ Venditor Butique & Cafe

5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...