Setiap kali pulang dari kerja, nampak anak tidur automatik perasaan rasa bersalah akan menjelma.
Kenapa?
Kerana satu hari suntuk dia dibiarkan dengan pengasuh tanpa kasih sayang kita. Waktu tidur anak kecil sangat panjang berbanding kita. Jadi waktu siang mereka berjaga bukan ketika saat bersama kita.
Bila pandang muka anak saat mereka sedang tidur, mula lah berair mata. Bertubi-tubi rasa menyesal tak layan karenah mereka ketika mereka berjaga. Balik kerja penat marah anak itu ini serba serbi tak kena. Sedangkan mereka buat kita marah untuk menarik perhatian kita. Yang asyik leka menghadap telefon sepanjang masa.
Esoknya bila hantar anak ke pengasuh cium mereka macam esok tak jumpa. Setiap pagi berazam benda sama. Tak nak dah marah-marah anak. Nak layan mereka penuh kasih sayang dan belai manja.
Tapi bila balik kerja benda yang sama berulang juga. Entah bila akan berubah,tolak perhatian anak mentah-mentah. Kita manusia biasa yang leka saat ketika anak masih ada. Mungkin bila suatu hari nanti mereka sudah tiada baru lah kita merasa. Rasa kehilangan nikmat yang Allah pinjamkan.
Maafkan kami para ibu wahai anak syurga. Moga esok masih ada peluang untuk kami berjasa. Membesarkan kamu sedaya upaya dengan sempurna.
Lebih banyak koleksi telekung untuk anak solehah anda disini.
Untuk pembelian di talian sila hubungi 011-2897 0502 (Puan Linda)
Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang, Selangor.
Vendor Boutique :-
1.)Prismatic Anggun,
Lot 01-150-13 tingkat 1. Blkang super 99, PKNS Shah Alam, Selangor.
2.)Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.
Comments