Kalau lah
kita mampu beri hidayah kepada siapa yg kita suka..
Kalaulah ia
semudah memberi hadiah kepada seseorang..
Hadiah
diterima penuh dengan rasa gembira..dialu-alukan..disambut dengan penuh rela..
Betapa
penulis mahu beri kepada semua..
Termasuklah
insan yang penulis paling sayang..paling cinta..
Teringin
sangat-sangat.. Teringin untuk bagi dia rasa..
Rasa nak
kumpul pahala beribadah untuk bekalan ke sana..
Nak dia
nampak bagaimana kehidupan di sana sebagaimana pandangan kita..
Pandangan
melihat kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya di atas urusan dunia..
Penulis nak
dia tahu yang perjalanan kita masih jauh untuk melangkah bersama-sama..
Bukan
sekadar untuk tambah pelaburan dengan membeli rumah dan
harta..
Kerana itu
semua hanyalah untuk sementara..
Walapun itu adalah pelaburan jangka masa lama,
Namun
hakikatnya 1 hari akhirat bersamaan 1000
hari di dunia…
Jadi yang
sebenarnya yang mana satu pelaburan
yang lebih lama?
Sayangnya
tidak semua melihat dari sudut pandangan yang sama..
Masih
mengejar harta kekayaan dunia yang sementara..
Tahukah
mereka dengan bersedekah itu tidak menjadikan mereka miskin malah lebih kaya?
Kerana
janji Allah sesiapa yang menginfaqkan hartanya dibalas balik berlipat ganda..
Marilah
kita bersama mulakan projek mencari saham di akhirat sana.
Agar kita
diangkat darjat di rumah syurga yang lebih tinggi berbanding rumah kita di
dunia.
Anggaplah
ini satu cabaran kepada orang yang kaya berpangkat tinggi darjat dari kita.
Ya mereka
mungkin miliki wang harta gaji besar dari kita di dunia yang fana,
Namun kita
masih berpeluang untuk lebih ‘kaya’ di akhirat berbanding mereka.
Biar kita
miskin duit di dunia asalkan kita kaya dengan pelaburan di taman syurga.
Ayuh kita
mulakan pelaburan kita dengan mewakafkan telekung.
Untuk
pertanyaan mengenai wakaf telekung boleh terus hubungi saya : 019-2121 540
(Puan Linda).
Lawat fb
page kami : Telekung Wakaf Sahabatku


Comments