Seorang isteri tak pernah minta lebih dari kemampuan
suami. Di saat dia bersedih, cukup pinjamkan bahu untuk dia bersandar, telinga untuk
mendengar.
Antara langkah yang boleh diambil ialah:
- Biarkan dia menangis sepuas hati. Jangan suruh dia berhenti. Kerana menangis itu terapi. Isteri akan lebih rasa lega walaupun masalah belum selesai kerana penat memikirkan penyelasaian untuk masalah itu telah hilang ditenggelamkan esakan tangis tadi.
- Peluk si dia. Peluk seeratnya usap lembut di belakang bahu dan belai rambutnya. Tak perlu kata apa2. Hanya peluk. Biarkan dia melepaskan lelahnya dia bahu mu wahai suami. Kerana dia tiada bahu lain untuk mengadu. Hanya mampu bersujud. Tidak lagi mempunyai rakan utk melepak bercerita sepertimu.
- Jadilah pendengar yg setia. Walau anda tidak setuju atau tiada penyelasaian masalah si dia, pabila dia bercerita, angguk dan iyakan sahaja.setelah emosi nya tenang, baru lah kalian memulakan bicara. Bagitahu isteri yang mana betul yang mana salahnya. Di saat ini ketahuilah tiada lagi ego si isteri. Kerana dia masih ingat ego yang kamu turunkan ketika memeluk dia saat menangis tadi.
Markah bonus:
1-) Ambilkan segelas air sejuk dan berikan kepada dia.
Lumrah setelah menangis akan terasa haus. Jika kalian bawakan segelas air
kepada dia, hilang lah haus itu. Sepertimana dia merasa kalian memenuhi rasa
sunyi dan sedih pabila kamu teman saat dia bersedih.
2-) Hulurkan bantuan. Beritahu kepadanya si isteri telah
penat menangis. Relakan diri buat kerja contohnya :
"Sayang mesti
dah penat lepas menangis, hari ini Abang masak ya."
Percaya atau tidak naluri perempuan ni penuh dengan rasa
kasihan. Walaupun dia tidak memberi sebarang respond saat anda berkata
demikian, ketika kalian sedang mula membuat kerja, dia akan secara automatik
tolong anda melakukan bersama. Dalam erti kata lain, acah berlakon sahaja.
Kerana dengan cara itu mampu membuatkan isteri rasa lebih tenang dan lega.
Mahukan pahala berterusan? Tekan disini Hadiahkan isteri kesayangan
anda telekung dari koleksi kami. Satu kali isteri anda solat, satu kali pahala
tercatit sedekah anda. =p


Comments