Jika anda seorang wanita bekerjaya, terdapat pelbagai amalan yang boleh dioalah selari dengan tugasan dan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja:
- Solat Dhuha.
Waktu rehat
dibahagi kepada dua. Minta kebenaran dari bos atau ketua anda untuk
membahagikan waktu rehat kepada dua waktu iaitu setengah jam pada pukul 10 dan
setengah jam lagi pada pukul 1. Kenapa? Kerana waktu rehat anda tidak lagi
digunakan untuk pergi makan. Jangan dipersiakan dengan tidur sahaja. Namun
penuhi dengan amalan sunat seperti solat dhuha.
Manakala lagi setengah jam untuk solat zuhur. Ketahuilah dengan dhuha segala urusan anda insyallah akan
dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Mulakan dengan melakukan satu hari
dua rakaat. Kemudian bertambah empat. Dan seterusnya sehingga 12 rakaat. Pada permulaan
memang terasa berat, namun percayalah sekiranya diamalkan berterusan, insyallah
kita sendiri dengan rela hati berdhuha
kerana nikmat yang diperoleh tak dapat diungkap dalam kata-kata. Hanya yang
pernah melaluinya sahaja akan dapat merasa.
- Solat Terawih.
Bagi mereka
yang bergelar ibu, sudah tentu sukar untuk mendapatkan peluang untuk solat terawih di surau atau masjid. Jangan
jadikan itu sebagai alasan. Ketahuilah anda masih mampu berterawih di rumah. Malah masa anda fleksible. Hanya dua rakaat.
Boleh berhenti sebentar untuk susukan anak anda atau sebagainya.
Malah jika
anda teringin sangat untuk solat di masjid, dicadangkan ketika keluar
membeli-belah di hujung minggu, ambil peluang untuk solat zuhur atau asar di
masjid. Ketika ini anda boleh bergilir-gilir menjaga anak dengan suami anda.
- Khatam Al-Quran.
Sebagai
seorang ibu, anda tidak lagi berpeluang untuk bertadarus beramai-ramai di surau
atau masjid. Namun percayalah anda masih mampu untuk khatam dalam masa sebulan
di bulan ramadhan ini. Caranya ialah dengan membahagi-bahagikan surah dalam Al-Quran.
Setiap juzuk Al-Quran dicetak dengan ayat Al-Quran sebanyak 20muka surat.
Bermakna setiap juzuk secara kasarnya mempunyai 20 muka surat. Maka bahagikan
20 muka surat itu kepada 5 waktu solat iaitu subuh,zuhur,asar,maghrib dan isya.
(20 / 5 = 4) Ini bermaksud hanya perlu membaca 4muka surat bagi setiap fardhu.
Jika anda terasa berat, maka boleh lah dibahagikan kepada dua iaitu 2muka surat
sebelum solat fardhu dan dua lagi setelah solat.
- Bersedekah.
Bersedekah dengan berbuat amal kebajikan. Ramai orang
salah faham istilah sedekah. Mereka
hanya nampak DUIT=SEDEKAH. Anda
silap. Bukan kah ada yang mengatakan senyum itu pun juga sedekah? Namun di bulan ramadhan ini sudah tentu kita mahu pahala
lebih dalam bersedekah bukan sekadar
dengan senyuman.
Bagi seorang ibu, anda boleh bersedekah dengan menyediakan makanan dan menghantarnya ke surau
atau masjid berdekatan. Nampak susah kan? Tapi anda boleh mulakan dengan
makanan ringan seperti dadih. Bahagikan dalam bekas kecil dalam 20-40 orang
makan. Satu orang makan satu pahala anda dapat.Ini adalah alternative bagi ibu
yang ingin bersedekah. Yelah
kadang-kadang bukan hari-hari ke bazar, tidak berpeluang jumpa pengemis untuk bersedekah.
- Solat Sunat Sebelum Subuh.
Sudah tentu
lepas sahur anda masih mempunyai masa bukan beberapa minit sebelum subuh?
Jangan persiakan masa yang ada.Bulan ramadhan hanya setahun sekali. Rebut lah peluang untuk gandakan pahala anda di bulan mulia ini.Ya penulis faham anak merengek menangis terjaga tatkala bising kita masak di waktu sahur tadi. Tidak salahnya untuk anda solat di tepi mereka.
Lakukan solat
sunat sebelum subuh. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada
Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: "Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada
dunia dan segala isi buminya”..
Cantik kan sejadah kanak-kanak ini? Unik dan mampu menarik
perhatian si comel anda.
Untuk pembelian di
talian sila hubungi 019-2121540 (Puan Linda)
Walk in ke Butik kami
dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan
Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang, Selangor.
Vendor Boutique :-
1.)Prismatic
Anggun,
Lot 01-150-13
tingkat 1. Blkang super 99, PKNS Shah Alam, Selangor.
2.)Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.






Comments