Skip to main content

Apa yang best sangat ramadhan ni? Kecoh sangat kenapa??



Eh mestilah kecoh sebab bulan ini hanya setahun sekali. Penulis seronok dan teruja yang teramat sangat menunggu ramadhan. Apa perasaannya bila kita jumpa seseorang yang telah lama kita tak jumpa? Rasa nak peluk erat-erat bukan? Seperti itu jugalah perasaan penulis sekarang. Jika ramadhan itu sesuatu objek yang pejal seperti manusia, penulis mahu peluk seeratnya.

  • Nak ternangis merindu perasaan ini. Rindu dengan ramadhan. Apa yang dirindu sangat tu dengan ramadhan? Yg penulis paling suka ialah suasana tenangnya. Betul. Suasana beribadah tanpa gangguan syaitan. Ibadah terasa lebih lengkap.lebih tenang lebih kusyu kerana kita yakin dalam hati bahawa syaitan telah diikat tiada lagi gangguan was-was dalam solat.


  • Rancangan television yang banyak variasi dan lebih cenderung kepada keagamaan. Malah drama-drama juga lebih kepada unsur nilai dan suasana ramadhan. Yang paling terbaru menarik perhatian penulis ialah rancangan reality Qari Junior. Sungguh rasa malu dengan anak-anak kecil ini. Malu dan kagum. Malu dengan mereka yang baru berumur setahun jagung tapi mampu menghafal Al-Quran beserta maksudnya. Malah dialunan dengan penuh syahdu. Bukan Muqaddam ya tetapi Al-Quran.Kita yang dah tua ni pun boleh kira dengan jari baca Al-Quran.


  • Masjid dan surau mula meriah dikunjungi pelbagai peringkat umur. Jika hari biasa kita hanya boleh lihat 80% yang menjejakkan kaki ke surau ialah warga emas, tetapi di bulan yang mulia ini yang tidak sembahyang pun akan sembahyang, yang dah sembahyang mula sembahyang di surau malah yang remaja pun akan ke surau walapun disusuli dengan check in dan update status terwih done. =p  Semua peringkat umur berebut-rebut melakukan ibadah.


  • Al-Quran yang berhabuk di simpan dalam almari mula di cari. Yang tak pernah mengaji pun akan buka untuk baca walaupun sebulan sekali. Yang dah baca seminggu sekali akan berusaha baca Al-Quran hari-hari. Yang dah baca hari-hari akan pulun untuk khatam dalam masa sebulan ini. Betapa seronoknya ramadhan. Meriah sana sini dengan Al-Quran. Penuh dengan kebaikan dan amal kebajikan.


  • Anak-anak yatim dan dipandang sepi mula dipenuhi undangan berbuka. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dari pelbagai pihak yang sedekah. Malah merekalah tetamu pertama yang dicari oleh kita ketika merancang majlis berbuka. Pelik tapi benar. Ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan mereka. Katanya tetamu istimewa tetapi sebenarnya untuk bermuka-muka dengan sesama manusia. Berlawan-lawan menunjuk kebaikan untuk dipuji bukan untuk redha Ilahi.


Marilah kita bersama-sama melakukan ibadah di bulan penuh keberkatan ini. Walau apa pun tujuan dan niat kita, moga masih ada sisa-sisa pahala yang akan dicatit oleh malaikat dan tidak terberhenti di bulan syawal nanti.


"Salam Ramadhan Al Mubarak"

Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 (Puan Linda)

Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-

Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang, Selangor.


Vendor Boutique :-

1.)Prismatic Anggun, 
Lot 01-150-13  tingkat 1. Blkang super 99, PKNS Shah Alam, Selangor.

2.)Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...