Apakah makanan roh kita? Pernah tak kita ambil tahu apa yang roh kita
makan?
Apa perasaannya makan nasi yg hampir basi atau sudah
basi? Masih ada selera kah kita untuk menjamah juadah itu?
Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat,
iman dan amal ibadah yang diusahakan untuk Allah swt. Dan Ibadah solat
merupakan salah satu makanan utama untuk roh kita. Manakala makanan rutin seperti nasi, ayam, ikan dan sayur pula
adalah makanan untuk tubuh badan fizikal kita.
Sedar kah anda bahawa Allah swt menciptakan kita sempurna
dengan keperluan kita?
- Subuh = Breakfast
- Zuhur = Lunch
- Asar = Tea time
- Maghrib = Dinner
- Isyak = Supper
Sepertimana kita makan untuk memenuhi rasa lapar bagi
tubuh badan kita, maka seperti itulah solat memenuhi tuntutan roh kita.
Jadi apa kaitannya dengan makan juadah yang telah basi?
Maksud penulis di sini ialah solat itu umpama juadah yang
perlu makan di awal waktu ketika masih segar dan hangat bukan di hujung waktu
ketika makanan telah sejuk dan hampir basi. Sebagaimana perut kita akan sakit
bila menerima makanan yang basi seperti itu jua roh kita sakit menerima ibadah yg
'basi' ketika solat di hujung waktu.
Apa kesannya solat basi ?
Hati yang 'sakit' tidak lagi memberi refleks untuk terus
bangkit menunaikan solat apabila azan berkumandang. Hati yang telah sakit ini
pabila terdengarnya azan dia membiarkan berlalu sepertimana mendengar lagu..
Layari blog kami untuk melihat lebih banyak koleksi telekung satin lace. Perindahkan rupamu ketika menghadap Ilahi. Sesungguhnya hanya Dia tuhan milik seluruh alam yang kamu perlu sanjungi.

Comments