1-Dalam keadaan bersih.
Apa perasaan anda setelah mandi? Segar bukan?
Rasa semangat aura dia lain macam. Lebih-lebih lagi dah tukar baju yang melekit
tu ke baju yang lain. Keadaan tubuh badan sangat mempengaruhi kita untuk focus dalam melakukan sesuatu.
Kalau badan bepeluh tubuh pun melekit jadi gatal nak garu sana sini ketika
solat, macamana nak kusyu’ kan? Jadi, biasakan diri anda untuk solat dalam
keadaan bersih.Insyallah anda akan lebih kusyu’’.
2-Wudhu yg sempurna.
Dengan wudhu yang sempurna penuh tertib, insyallah
solat kita kan lebih kusyu’’. Bagaimana ingin dapatkan wudhu
yang sempurna? Setiap satu anggota yang
dibasahi dengan air itu diiringi dengan doa.
ü Ketika air mencuci tangan berdoalah
moga amalan kitab kita disambut dengan tangan kanan bukan di tangan kiri.
ü Ketika berkumur berdoalah, moga
di saat kita nazak masih sempat menyebut kalimah لا
إله إلا الله Ù…ØÙ…د رسول الله.
ü
Ketika membasuhi muka berdoalah agar muka kita
disenangi bila dipandang, dikasahi dan dikasihani oleh semua orang agar
dipermudahkan segala urusan.
ü
Ketika air membasahi dahi berdoalah agar dahi
ini bercahaya di akhirat kelak bukti kita bersujud untuk solat.
ü
Ketika mencuci telinga berdoalah agar kita
dijauhi dari mendengar fitnah dan berdoalah agar telinga kita dibiasakan
mendengar alunan ayat Al-Quran.
ü
Ketika mebasuh kaki berdoalah agar ketika
melintas titian sirat, ditetapkan dan diteguhkan lah kaki kita untuk berjalan
sampai ke syurga.
3-Tempat yang terbaik.
Suasana
untuk kita solat juga mempengaruhi kita
untuk lebih kusyu’ dalam solat. Jadi pilihlah untuk solat
di tempat yang tenang. Bukan di tempat yang bising contohnya didepan tv.
Sah-sah mata kita akan curi-curi tengok tv. Sebolehnya dia dalam rumah
disediakan satu ruang khas untuk solat. Dengan adanya bilik solat kita akan
rasa lebih suka untuk memenuhi ruang tersebut dengan ibadah.
4-Diam.
Cuba untuk
diam dan jangan bergerak. Bergerak hanya bila perlu kerana ia mengganggu kusyu’. Kalau kita gatal dan kalau tak
garu menjadikan kita tidak kusyu’’ maka di haruskan garu. Sebolehnya elakan
untuk bergerak. Kerana bergerak memerlukan kita berfikir untuk melakukan
sesuatu perbuatan yang menyebabkan terganggunya kusyu’..
5-Fahami maksudnya.
Kita selalu
dengar bukan. Kita akan lebih kusyu’’ bila kita faham. Jangan jadikan alasan tidak
faham bahasa arab sebab itu tidak faham bacaan. Mulakan satu hari satu ayat.
Sebelum itu mulakan dengan menghafal kalimah wajib sah solat terlebih dahulu.
Sekarang ni pelbagai cara kita boleh menghafal. Malah maksud surah Fatihah pun
orang jadikan lagu. Jika anda nak tahu, lagu Raihan Demi Masa itu pun
sebenarnya terjemahan dari surah Al-Asr.
5-Allah Sedang Melihat Kita.
Bagaimana bila bos anda datang keluar untuk lihat anda bekerja, mesti kita berusaha tunjuk yang kita tengah focus buat kerja bukan? Anda lupa yang bos anda itu ‘bos’ dia juga Allah s.w.t sama seperti kita. Jadi tatkala kita solat, solat lah bersungguh-sungguh, tanamkan niat nak kusyu’ ibarat seorang BOS sedang memerhatikan tingkahlaku pekerjanya.
7-Kembali ke reality.
Apabila kita
sedang berkhayal di dalam solat, cuba untuk ‘ tarik balik‘ fikiran kita“aku tengah
sembahyang ni”.Lepas solat baru fikir apa yang nak difikirkan perlu buat
selepas ini.
8-Solat terakhir.
Kalaulah
kita tahu selepas solat ini kita akan mati, sudah tentu kita akan solat
bersungguh-sungguh bukan? Kerana ini adalah peluang terakhir untuk kita berdoa
dan meminta dengan Allah. Setiap kali solat anggaplah ini solat terakhir kita
sebelum mati. Insyallah kita akan cuba sedaya upaya untuk kusyu’ dalam solat nanti.
"Salam Ramadhan Al
Mubarak"
Untuk pembelian di talian
sila hubungi 019-2121540 (Puan Linda)
Walk in ke Butik kami dan
Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg
Kuantan, 41300 Klang
Vendor Boutique :-
1-) Prismatic Anggun,
lot 01-150-13
tingkat 1.
Blkang super 99, PKNS Shah Alam
2-) Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga
Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor
3-) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor








Comments