Seperti
yang penulis janjikan minggu lepas, ini adalah senarai sebab kenapa anda belum
mempunyai zuriat.
1) Anda belum bersedia.Ya penulis tahu yang ini lah yang orang selalu sebutkan. Tapi ini lah hakikatnya. Anda sebenarnya BELUM BERSEDIA.
i.
Belum
bersedia dari segi kewangan
Setiap anak akan diturunkan rezeki
buatnya. Namun berangkali anda belum bersedia sepenuhnya. Mungkin juga kewangan
anda belum stabil sepenuhnya. Kita semua tahu banyak pelaburan untuk
membesarkan anak. Susu, pampers,duit pengasuh, duit ubat dan sebagainya.
Mungkin anda merasa cukup, namun DIA Maha Mengetahui. Jika selama ini anda
cukup untuk berdua, mungkin apabila anda mempunyai anak, anda terpaksa
meminta-minta.
ii.
Belum
bersedia dari segi kerjaya
Menjadi seorang ibu memerlukan anda
banyak bekorban masa terhadap anak anda. Lebih-lebih lagi di saat anak anda
sakit. Cuti berhari-hari sehingga menggangu prestasi. Kerja anda tertangguh
disebabkan cuti kemasan yang anda ambil tanpa diduga. Itu belum masuk bab anak
anda berak atau muntah saat anda mahu pergi kerja. Anda sudah anggarkan waktu
untuk tiba di pejabat pukul berapa. Namun kita hanya mampu merancang, Allah
menentukan. Anak anda muntah atau berak dia saat mula masuk kereta, terpaksa
masuk semula ke dalam rumah hingga menggangu rekod kedatangan anda.
iii.
Belum
bersedia kerana sifat sabar belum mencukupi
Sabar. Mudah untuk berkata tapi
sukar untuk melakukanya. Mungkin anda belum cukup sabar untuk memujuk anak anda
menangis di saat orang ramai memandang situasi anak anda menjerit terbaring di
atas lantai kerana tidak dapat apa yang dimahukan contoh seperti mainan.
Mungkin juga anda belum cukup sabar untuk melayan saat anak anda menangis tanpa
mengetahui puncanya. Mungkin juga anda belum mampu sabar mengutip atau mengelap
sisa makanan yang anak anda tumpahkan secara sengaja.
iv.
Belum
bersedia menghadapi tekanan dari orang sekeliling.
Mungkin anda mengatakan anda mampu bertahan. Sudah
terbiasa mendengar orang bertanya bila akan mempunyai isi? Namun kali ini lebih
parah lagi. Mereka akan bertanya soalan yang lebih mengusik jiwa.
·
‘Eh
bukan scan lelaki? Kenapa perempuan? Habistu baju dah beli warna biru? Nak buat
apa dengan baju tu?’
·
‘Alaa
kesian anak kakak tu, tak ada kawan nak bermain sebab berlainan jantina, kesian
dia main sesorang’
·
‘Kenapa
anak kurus sangat, kena tukar susu ni, susu dia tak sesuai ni’.
·
‘Eh
kipas terbuka ni, kesian anak pakai baju tak ada lengan, selsema dia nanti’
walhal anak berpeluh satu badan dah ni.
·
‘Eh
gemoknya anak kau ni. Kau bagi makan apa? Kena control ni makan dia kalau
gemuk, hodoh siapa nak pinang nanti?’
·
‘Laa
dah setahun pun tak reti jalan lagi? Kau manjakan sangat ni asyik dukung ke
sana kemari’
·
‘Dah
umur dua tahun tak pandai cakap lagi? Eh kau kena gosok cincin emas bawah lidah
dia ni bila malam bulan penuh’
·
‘Dah
besar boleh jalan pun pakai pampers lagi? Anak aku dari lahir dah reti pergi
tandas basuh berak sendiri’
Dan pelbagai lagi soalan yang diluar kotak anda
untuk berfikir dengan logic akal. Kesimpulanya walaupun anda sudah mempunyai
anak tidak bermaksud anda akan berhenti dari terasa hati dengan soalan-soalan
sebegini.
v.
Belum
bersedia untuk bangun tengah malam dan awal pagi.
Allah… ketahuilah part ini yang
paling menguji. Anda perlu bangun malam untuk memujuk anda anda yang menangis
tak henti. Tidak tahu punca dia menangis setiap 10minit sampai pukul 5 pagi.
Baru nak lelap kembali azan subuh dah kedengaran.Ok itu mungkin kekadang, tapi
part bangun malam untuk buat susu anda memang kena bangun tiap 2 jam. Saat ini
mungkin anda akan mengatakan anda sanggup lakukan, namun anda mungkin hanya
mampu bertahan sebulan dua bukan setiap malam.
vi.
Belum
bersedia untuk kongsi kasih sayang dan perhatian.
Hehehe.. part ini nampak mudah bukan untuk
telan? Namun anda tidak akan dapat gambarkan selagi anda tidak merasainya
sendiri. Lebih-lebih lagi orang lelaki. Orang perempuan bila dia dapat anak
ibarat dapat patung permainan yang dia kena jaga sepenuh perhatian. Tiada masa
untuk orang lain. Kalau boleh nak tatap muka anak 24jam. Dah pergi kerja di
office pun tengok gambar anak di handphone. Wallpaper pun dah bertukar bukan
lagi gambar bersama suami tapi anak yang disayangi.
vii.
Belum
bersedia nak korbankan waktu tidur anda
Ketahuilah seorang ibu tidak pernah
mempunyai tidur yang cukup. Sudahkah anda bersedia untuk teman anak berjaga di
saat dia tidur siang kita penat bekerja seharian anak tidur waktu petang dan
tak boleh nak tidur suruh kita temankan. Kalau minta cakap elok-elok minta
temankan mungkin anda boleh telan, tapi ini dengan cara minta bukan-bukan.
Sekejap nak susu, sekejap nak air, sekejap nak tv, sekejap nak nasik, sekejap
lagi minta tukar pampers walhal baru je tukar tadi. Dan pelbagai lagi alasan
dia akan bagi sehingga lah dia tertidur sendiri.Dalam erti kata lain anda tidak
boleh tidur sebelum dia tidur.
viii.
Belum
bersedia korban waktu makan anda
Ya.Makan pun anda perlu korbankan.
Lapar macamana pun anak anda perlu didulukan. Walaupun dia tak puasa, tapi dia
pun mahu berbuka. Itu belum dia tumpahkan nasi kita sampaikan anda hanya
berbuka dengan segelas air dan kurma. Bab pilih makanan kita belum cerita ya.
Dia taknak makanan dia dan mahukan makanan favorite kita.
2) Untuk
anda luangkan masa suami isteri berdua bersama-sama.
Ketahuilah apabila anda mempunyai
anak kelak anda akan sukar untuk meluangkan masa berdua. Sehinggakan apabila
anak anda tidur awal dan tinggal anda makan berdua itu pun dikira sebagai ‘dating’
sebenarnya. Malah anda terpaksa cuti halfday untuk tengok wayang bersama. Itu pun
anda akan rasa kekok berdua untuk jalan pegang tangan bersama.Yelah dah biasa
tangan tolak stroller..
3) Nak
anda jadi penyelamat anak yang orang buang.
Mungkin hikmah anda tidak mempunyai
zuriat kerana DIA mahukan anda mengambil anak angkat. Untuk menyelamatkan masa
depan anak dari keluarga yang tidak berkemampuan. Mungkin ini juga kunci anda
untuk ke syurga membesarkan mereka dengan penuh rela.
4) Mahu
anda beribadah dengan tenang dan lebih sempurna.
Mungkin anda merasakan comel tatkala
anak melihat video anak memanjat bapanya ketika dia sedang solat. Benar memang
comel, namun itu sekali dua. Jika setiap kali sembahyang pun anda akan
beristghfar la juga. Sukar untuk kusyu’ tatkala anak anda tarik telekung dab
sebagainya. Itu belum part anda tengah mengaji dia datang bawa najis dari
pampers minta kita cucikan. Ini pengalaman penulis sendiri T_T
5) Untuk
anda berbakti kepada kedua ibu bapa
Mungkin sekiranya anda mempunyai
anak, anda tiada lagi masa untuk menjaga kedua ibu bapa anda yang telah uzur. Mungkin
juga apabila anda mempunyai anak kelak anda lebihkan wang ringgit untuk
keperluan anak dan mula mengabaikan nakfah kepada ibu dan bapa. Jika tidak
mengabaikan pun mungkin anda akan kurangkan perbelanjaan untuk mereka.Jadi
sementara mereka masih ada, berbaktilah sebelum anda kesuntukan wang dan masa.
6) Insan
terpilih yang Allah sayang.
Mungkin Allah sayangkan anda dan
tidak mahu anda diuji dengan dugaan anak derhaka yang banyak melakukan dosa
dari berbuat pahala. Jadi DIA tidak mahu anda menanggung dosa anak anda kelak.
Anda insan terpilih yang DIA mahu anda ke syurga tanpa dihisab dengan dosa
anak.
7) Suami
anda mungkin belum bersedia.
Mungkin juga sebenarnya suami anda
belum bersedia. Tidak semua lelaki suka kan kanak-kanak. Yang mampu sabar
melayan karenah anak. Mungkin juga suami anda belum bersedia untuk ke sana sini
bersama anak. Yelah dah biasa bercuti berdua, tetiba ada anak nak kena berhenti
banyak kali untuk tukar lampin bayi.Ketahuilah ada lelaki di luar sana yang
memberi alasan sebegini.
8) Rezeki
anda untuk dikongsi kepada anak buah anda.
Mungkin adik beradik anda merupakan
golongan susah yang tidak mampu membeli pakaian baru atau mainan untuk anak
mereka. Hanya bergantung kepada kasih sayang anda terhadap anaknya barulah mereka
mampu buat anak mereka gembira berjalan ke sini sana. Yelah bagi yang tidak
mempunyai anak sudah tentu sayangkan anak saudara, Sanggup beli hadiah bermacam
rupa kerana tiada anak sendiri untuk dimanja.
9) Pengasuh
tidak sesuai.
Sekarang banyak bukan kes pengasuh
kejam dia taska. Bukan mudah ya untuk cari pengasuh yang bersesuaian. Ada je di
luar sana pengasuh yang menipu waktu makan minum susu anak anda, yang menipu
sudah mandi ke belum pun ada. Banyak lah kes diluar sana yang didera dan
sebagainya. Mungkin sekiranya ada anak kelak anda sukar untuk bertemu dengan
pengasuh yang berkenan di mata.
10) DIA
sebaik-baik perancang
Sungguh DIA sebaik-baik perancang.
DIA lebih mengetahui apa yang anda perlukan bukan yang anda mahukan. DIA yang
menciptakan anda. DIA tahu mana kurang mana lebih untuk anda. Sepertimana seseorang
menciptakan robot, sudah tentu dia tahu bukan apa yang robot dia cipta mampu
buat apa dan tidak boleh buat apa? Seperti itulah ibaratnya bila DIA uji
anda dengan zuriat. DIA Maha Mengetahui.
Bersabar dan bertawakal lah saat menanti. Insyallah perancangan DIA tidak
pernah terlalu cepat atau terlalu lambat. Tepat pada masanya.
"Salam Ramadhan Al Mubarak"
Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746 (Puan Linda)
Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang
Vendor Boutique :-
1-) Prisma Anggun,
Lot 01-150-13 Tingkat 1.
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam
2-) Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor
3-) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor


Comments