Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Hanya 6 Bahan dan 6 Langkah Mudah buat Resepi Aiskrim Oreo McFlurry McD untuk Anak Anda.

Bahan-bahan : 1-      Satu pek biskut oreo 2-      Satu sudu besar ovalett 3-      Satu tin susu cair 4-      3-4 Sudu besar susu pekat manis 5-      Satu sudu besar perisa Vanila 6-      Satu Biji Telur Cara-cara : 1-      Asingkan biskut oreo dengan isi lapisan tengah putih vanilla antara biskut. 2-      Masukan lapisan vanilla biskut oreo tadi,susu cair, susu pekat, ovalet, telur, vanilla dan air suam separuh tin susu tadi di dalam blender. Kalau tak nak blend pun boleh kacau pakai tangan kalau larat. Penulis tak ada mixer. 3-      Blend sehingga berbuih lebih kurang 5 - 7 minit sahaja. 4-      Pecahkan biskut. Asingkan kepada tiga. Satu untuk dicampur bersama bahan blend tadi. Dua untuk dimasukan setelah tuang ke ...

Beza orang laki dengan perempuan sebelum dan selepas kahwin

Orang laki dgn perempuan lepas kahwin berbeza langit dengan bumi.  Yang laki masih lepak sampai satu pagi, yang bini hidup dengan dunia anak sendiri.  Itu belum pandangan mata hati. Yang laki bila tengok perempuan seksi katanya rezeki.  Yang bini ni bila bayar tol yang jaganya lelaki hulur duit toleh kiri.tak nak orang pandang dia lama-lama lagi.  Nak lintas jalan pun tunduk tengok kaki, takut mat motor toleh sampai kebelakang lagi. Faham ini memang naluri seorang lelaki. kalau tak pandang dicop gay nanti.  Bertabah lah wahai hati sang isteri. syurga kita di bawah tapak kaki suami.  Teruskan menjaga pergaulan antara kamu dengan lelaki.   Sesungguhnya kamu tidak pernah bersendiri malaikat sentiasa menemani. Ada ganjaran yg sedia menanti.Bukan di sini tetapi di syurga yang kekal abadi. Salam Ramadhan Al Mubarak" Untuk pembelian di talian sila hubungi  019-2121540  /  018-208 1746 (Puan Linda)...

Tips Bawa Anak Kecil / Baby Tengok Wayang

Salam. Hari ini penulis nak berkongsi tip bawa anak kecil masuk panggung wayang. Penulis pernah cuba dua kali setakat ini alhamdulilah Berjaya melepasi halangan ini. Hihihi. Kalau tak silap penulis kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma dan tak perlu beli tiket. Dah jimat disitu. Yelah mereka pun kecil lagi belum nak faham tengok wayang semua ini. 1-Waktu dan masa tayangan. Pilih waktu malam. Seeloknya midnight movie pukul 11 malam keatas. Kerana majority baby ketika ini telah penat dan akan tertidur. Ditambah lagi dengan keadaan dalam itu gelap jadi peratus untuk anak-anak anda untuk mengantuk adalah sangat tinggi. 2-Sweater / Jaket Bawalah jaket / sweater dan selimut untuk anak-anak. Dalam memang dah sejuk, tambah lagi waktu malam lagi la sejuk. Badan orang dewasa seperti kita tak sama ya dengan kanak-kanak. Lebih-lebih  lagi baby. Selimut itu bukan hanya untuk tutup badan tapi sebenarnya lapik jika anak anda bosan dan mahu baring di bawah seperti anak ...

Shopping Raya-Jualan Gudang Kasut dan Baju hanya dari RM 2.99 sahaja??

Salam semua. Di minggu-minggu akhir kita berpuasa ini sudah tentu sibuk dengan persediaan untuk raya bukan? Penulis juga merasakan yang sama. Lebih lagi bila dah berkeluarga. Kalau boleh semua nak pakai sedondon. Huhu. Penulis pun begitu. Seronok sebenarnya melayan karenah anak kecil ini. Macam-macam gelagat kita boleh lihat. Selagi mereka masih ada, hargailah masa yang terluang.Kerana anak-anak ini kecil hanya sekali, selepas besar dah tak akan kecil lagi. Hihihi. Malah penulis pun rasa ralat, kenapa lah anak begitu cepat membesar, belum puas lagi cium bau baby yang orang kata bau dari syurga. Sebenarnya penulis nak share satu lokasi jualan gudang bagi pembaca yang berada di sekitar Shah Alam dan Klang.  Update: Address Fan Feng Sdn Bhd.No .15 Jalan Sungai Jeluh,  32/191, Seksyen 32, 40460, Shah Alam Selangor. Ia terletak di deretan bagunan kilang di Jalan Kebun Shah Alam. Bangunan ini terletak di sebelah kiri sebelum flyover ke jalan kebun. Sebelum A...

Bukan Minta Belas,Kasih Sayang Yang Kami Harapkan : Nur Kasih Bakeri

Dari : Pertubuhan Nur Kasih PROJEK BISKUT RAYA NUR KASIH Setelah 8 tahun bertungkus lumus menyediakan prasarana terbaik utk kediaman anak2 yatim dan asnaf di Pertubuhan Nur Kasih ini, bermula bulan Mac 2016 Pertubuhan Nur Kasih memulakan perniagaan berkonsepkan kebajikan iaitu Bakeri Nur Kasih. Disamping menyediakan roti untuk bekalan anak-anak ke sekolah, dapat juga kami memperuntukkan sebanyak 300 biji roti ke Madrasah Tahfiz terpilih dan beberapa buah masjid ( peruntukan utk mrk yg memerlukan). Kini menjelang Ramadhan Pertubuhan Nur Kasih memikirkan bagaimana kami boleh menjana pendapatan demi menyiapkan keperluan raya warga Pertubuhan Nur Kasih termasuk 40 anak yatim & asnaf, 10 ibu tunggal, 10 warga emas dan 2 OKU yang di taja oleh Pertubuhan Nur Kasih. Kos yang perlu di cari adalah untuk  62 orang @ RM200 /seorang di mana sejumlah RM12,400 perlu disediakan. Justeru Pertubuhan Nur Kasih akan menjual biskut raya utk menampung keperluan Aidil Fitri warga Per...

Resepi Ayam Butter / Ayam Buttermilk Simple Versi Paling Malas =p

Salam. Hari ini penulis nak kongsi  resepi yang sedap dan mudah untuk para ibu. Resepi ayam buttermilk versi malas macam penulis. Huhu. Jujurnya setiap kali  penulis google resepi untuk masak, tak pernah penulis ikut dengan sebijik macam yang ditulis. Semua pun ikut ‘gaya dan keperluan’ untuk masak portion masing-masing. Yelah, lain orang lain bilangan ahli keluarga kan? Tak kan lah nak masak satu ekor untuk 20 orang makan. Macam tak cukup je. =D Bahan – bahan : Ayam  - Bahagian dada ikut suka banyak mana. Garam – Bergantung berapa banyak ayam yang diguna. Butter – Suku dari pek Suku Pekat @ Susu Cair – Jika mahu kuah banyak guna susu cair 1 tin. Jika tak ada, susu pekat pun boleh. Dalam 3-4 sudu besar dicampur dengan air. Tepung Ayam -  Bergantung juga berapa banyak ayam guna. Kebiasaan satu kotak ni boleh pakai banyak kali. Bawang putih – 3-4 ulas sudah cukup Daun kari – 2-3 tangkai Telur – 1 biji dah cukup Ca...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...