Skip to main content

Kenapa Ibu Bapa Sendiri Kena Ajar Anak Solat


3 tahun yang lalu saya mulakan perniagaan telekung kanak-kanak melalui online.Saya menggunakan medium facebook sebagai platform utama.Dengan menggunakan pendekatan story telling marketing saya telah berjaya menarik beribu pelanggan selama beberapa tahun ini untuk membeli telekung kanak-kanak.



Apakah faktor ibu bapa membeli telekung untuk anak-anak mereka ?Adakah hanya kerana mahu ajar anak solat?

Mari saya kongsikan menerusi pengalaman saya berniaga.

1) Ibu bapa sangat mudah berbelanja untuk anak-anak terutama barang atau servis berbentuk pendidikan.Apa sahaja yang dapat membantu perkembangan anak-anak akan diusahakan supaya anak-anak memilikinya.Ini lebih kepada faktor kasih sayang seorang ibu atau bapa.

2) Pengalaman lalu.Ibu bapa sekarang kebanyakannya mempunyai pengalaman 'susah nak dapat sesuatu' atau lebih tepat saya simpulkan ibu bapa sekarang lahir di zaman yang bukan semua benda ada dan mudah untuk dibeli.Berpuluh tahun dahulu telekung kanak-kanak bukan list wajib beli.Anak-anak yang sudah wajib solat kebanyakannya memakai telekung ibu atau telekung dewasa.Atau masih ingat tak lagi kita menggunakan kain batik ibu untuk dibuat telekung.Ikat kain ke belakang kepala dan terbalikkan hujung kain yang bawah ke belakang.Sudahnya seakan ninja.

3) Telekung kanak-kanak yang mengikut umur sangat sukar didapati.Bagi kanak-kanak 7-12 tahun pilihan memang ada walaupun masih lagi terhad.Ibu bapa yang paling bersemangat untuk beri anak sepasang telekung ialah pada umur anak-anak seawal 1 tahun.

Ingat Tak?

Saya masih ingat bagaimana kami 9 beradik dibesarkan dalam keadaan penuh sederhana.Ibu dan ayah awal pagi sudah keluar bekerja.Belajar solat pula bergantung pada pembelajaran di sekolah.Di situlah kami belajar.

Kenapa perlu ibu bapa sendiri kena ajar anak solat? Kita sedia maklum,kesibukan ibu bapa bekerjaya hari ini membataskan waktu bersama anak-anak di rumah.Balik sahaja rumah tahu-tahu anak sudah pandai itu ini.Kita hanya bayar sahaja yuran taska,tadika dan sekolah dan terus meletakkan tanggungjawab itu kepada pengasuh dan cikgu.



Sedar tak sedar kita lupa anak-anak terus membesar.Banyak kenangan semasa kecil hanya diperoleh melalui cikgu dan sekolah.Kita lupa,waktu kita kecil ayah yang ajar mengaji,masih ingatkah rotan buluh?Masih ingat kita selalu menangis waktu mengaji,masih ingat ibu memanggil nama kita untuk masuk Solat Maghrib sebab kita leka bermain sampai waktu senja?

Disiplin yang diterapkan oleh ibu bapa inilah yang kita harus terus kuasai sebagai ibu bapa.Tanggungjawab kita ialah memastikan anak-anak solat dan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap hari sebelum belajar.

Peranan ibu bapa dalam pendidikan solat ialah tanggungjawab ibu bapa yang utama.Kita mendidik anak dengan tauhid.Anak-anak perlu tahu "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah","Tidak takut kepada perkara lain selain Allah" dan "Tidak memohon pertolongan selain dari Allah"

Anak-anak kecil pasti bertanya di mana Allah,Allah itu ada mata atau tidak,Allah itu sayang mereka tau tidak dan banyak lagi soalan lain yang di luar pemikiran kita orang dewasa.

Ini antara perkara yang mesti kita terokai bersama mereka supaya mereka tahu Allah itu Ada untuk mereka dan hanya dengan kasih sayang dan keprihatinan kita terhadap mereka dapat mendidik hati mereka untuk mudah solat.

Proses ini bukanlah sesuatu yang mudah lalu kita cuba beberapa cara yang dapat menggalakkan anak-anak solat dengan sendiri.

Tips Ajar Anak Solat Dari Kecil

1) Untuk anak kecil yang sudah faham aurat.Sentiasa pakaikan anak lelaki seluar bawah paras lutut atau seluar panjang.Untuk anak perempuan boleh bawa telekung travel untuk kanak-kanak bersama beg dan sejadah.

2) Solat di mana-mana.Apabila di rumah solat tidak terhad hanya di dalam bilik.Boleh solat di ruang tamu secara berjemaah,boleh solat di mana-mana ruang.Selalunya apabila ada kenduri atau majlis anak-anak rasa malu jika solat di hadapan ramai orang.Didik anak supaya tidak menjadikan apa juga bentuk alasan jika ruang tidak mencukupi atau tidak selesa.

3) Setiap kali solat bentangkan sejadah anak di sebelah.Lakukan ini setiap kali solat atau biarkan sahaja sejadah di tempat yang sama.Sentiasa bentangkan sejadah pada permulaan untuk menarik perhatian anak duduk di sejadah sendiri.Apabila sejadah sentiasa terbentang,hati akan teringat mahu solat.Apabila sejadah dilipat atau digantung,sukar untuk menarik perhatian anak kepada solat.

4) Selalu bawa anak ke Masjid.Jika tidak dapat bawa anak setiap hari,bawa anak ke Masjid seminggu sekali.Solat di Masjid boleh mendidik hati anak rindu pada Masjid.Masjid mempunyai ciri-ciri tersendiri kerana rekabentuk dan suasana Masjid yang damai,sejuk dan tenang menjadi tempat perkumpulan ilmu.Jiwa anak-anak mudah dibentuk menjadi orang yang sukakan kedamaian dan sukakan ilmu.




Kami hanya membantu ibu bapa mendidik anak solat melalui pakaian solat.Selebihnya adalah tanggungjawab ibu bapa.






Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...