Saya terpanggil
untuk berkongsi coretan ini kerana kawsan tempat tinggal saya dipenuhi
orang-orang pencen dari pesara kerajaan dan sebagainya.Bila kenal jiran-jiran
tetangga,salah satu perkara yang terpahat di kepala saya ialah bila dapat tahu
menjadi satu tradisi ibu-bapa beli rumah untuk setiap seorang anak.
Saya bukan bercakap dari sudut
orang yang mampu sama ada bekerja keras atau berniaga tetapi dari sudut
"awareness".Di sini terdapat banyak pro's & con's iaitu dari segi
-goal atau matlamat dan jangkamasa.
Dalam pelbagai jenis simpanan
yang ada kini seperti akaun simpanan di bank,Tabung Haji dan ASB misalnya
masing-masing mempunyai matlamat dan kecairan yang berbeza.Juga pelan seperti
insurans dan takaful mempunyai manfaat tertentu dalam jangkamasa tertentu.
Dua kaedah yang saya nak kongsi
di sini adalah melalui :-
1) Membeli Hartanah atau Rumah
2) Melabur Dalam Unit Amanah
Kaedah Pertama.
Hartanah (property) secara
tradisi merupakan satu kaedah penyimpanan yang sesuai dengan SYARAT anda
mempunyai wang deposit yang cukup dan faktor masa (iaitu antara 5 hingga 10
tahun).Antara petua pengiraan congak yang digunakan ialah "seorang anak
sama dengan satu rumah teres".Terdapat kos-kos tambahan yang perlu
diambilkira seperti (duti setem dan yuran guaman) dan kos keluaran seperti
cukai harta (property gain tax) sekiranya dijual kuarang daripada 5 tahun.
Hartanah mungkin boleh dibeli
pada harga murah tetapi kemungkinan mencari penyewa boleh menjadi satu masalah
pula.Dari segi kecairan penjualan hartanah ketika sampai masa untuk ke
universiti tidaklah SEMUDAH mengeluarkan wang daripada akaun simpanan tetap
atau ASB.Ia biasanya mengambil masa-kadang-kadang ada halangan seperti tidak
dapat membuat pindahan hakmilik,bakal pembeli yang terkial-kial mencari
pinjaman atau harga belian yang tidak dapat dipersetujui.
Oleh itu mereka yang ingin
menggunakan kaedah simpanan ini perku ada "back-up fund" untuk
membiayai perbelanjaan awal sementara menantikan proses jual beli selesai.Satu
langkah berjaga-jaga ialah MENJUAL HARTANAH TADI DALAM MASA 2 TAHUN SEBELUM
DUIT PENDIDIKAN BENAR-BENAR DIPERLUKAN.
Katakan anda merancang untuk
menyimpan bagi kursus guaman di universiti tempatan dan sumbernya adalah
ASB.Sepuluh tahun kemudian anak anda mendapat jurusan perubatan di luar negeri
dan duit ASB tadi tidak mencukupi,maka anda boleh "refinance" rumah
anda atau menjual rumah anda untuk menetap di rumah yang sederhana.Secara
ringkas,jika anda ingin membiayai pendidikan anak melalui hartanah,anda perlu
membuat "research" dan dapatkan nasihat serta kaji lokasi hartanah
dengan teliti.
Kaedah Kedua bersambung di Part
II.
Wassalam.
Comments