Skip to main content

Mahalnya Educational Toys...

Bermain adalah proses tumbesaran dan pembelajaran anak-anak.Kita sebagai ibu bapa terutamanya ibu bapa Gen Y melalui proses bermain sambil belajar ini semasa zaman kanak-kanak kita dengan gembira.Masih ingat lagi permainan zaman kita dulu?

Mesti ibu bapa sekarang ingat antara permainan ini kan..


"Baling selipar" 

Permainan baling selipar hanya memerlukan selipar dan disusun.Kita ambil giliran baling selipar,kalau kita dapat jatuhkan selipar,bertebaran semua kawan-kawan lari menyelamatkan diri kerana kita pula yang akan baling mereka dengan selipar.

Sebenarnya kena baling dengan selipar tidak menimbulkan rasa sakit kecuali kawan-kawan mahu ambil kesempatan untuk betul-betul kenakan kita kan?

Apa yang kita fikirkan semasa lari hanyalah untuk menyelamatkan diri dan menyempurnakan misi menyusun semula kasut yang jatuh demi sebuah kemenangan.Tiada hadiah pun tapi satu kepuasan kalau menang kan.


"Tepuk Daun Terup"

Bagaimana pula yang ini.Untuk terbalikkan daun terup atau kad terup ini memerlukan 'skill' yang tinggi.Puas dibetul dan dibentukkan tangan supaya angin yang kuat akan dihasilkan apabila menepuk lantai.Jika tak betul gaya tangan ini pasti bila menepuk lantai..aduh...sakit pun sakit...daun terup pun tak terbalik.Misinya hanya untuk mengumpulkan daun terup sebanyak mungkin dari kemenangan ini.



"Guli"

Sehingga kini guli masih dijual di kedai-kedai.Malangnya ibu bapa sudah tidak percayakan guli.Ini kerana ibu bapa lebih memikirkan faktor keselamatan anak-anak.Risau anak-anak akan tertelan guli atau cedera akibat bernain guli.Memang sangat sayang kalau difikirkan permainan semurah biji guli ini tidak dibeli lagi kerana faktor-faktor yang dikhuatiri akan membahayakan anak-anak.

Mengimbau kembali semua kenangan permainan zaman kanak-kanak yang tidak memerlukan kos langsung atau kos yang rendah membawa saya untuk berkongsi pengalaman sendiri.

Adakah saya belikan anak-anak mainan?

Ya seperti ibu bapa yang lain saya juga sentiasa belikan anak-anak mainan.Almaklum anak-anak sekarang sangat pandai meminta-minta terutama bila berada di tempat yang ramai orang seperti supermarket.
Sebagai ibu saya tidak mampu untuk menunaikan hasrat anak-anak selalu.Jadi saya hanya alihkan perhatian mereka dengan membawa mereka ke taman.



(Adda & Firas Main Buai)

Anak-anak sangat seronok jika diberi peluang bermain di taman.Ini kerana anak-anak kecil sukakan kawasan lapang.Saya juga masih ingat waktu kecil saya juga suka berada di padang dan berlari sejauh yang boleh.Mereka sukakan ruang yang luas.Di taman permainan pergerakan anak-anak membantu perkembangan fizikal dan motor kasar mereka.


 (Yash & Spinning Gasing)

Main gasing?Saya sampai sekarang tak dapat putarkan gasing kayu atau plastik dengan menggunakan tali gasing.Gasing adalah di antara permainan tradisional kita.Itulah kelebihan yang tidak ada pada semua kanak-kanak,skill memusingkan gasing dengan menggunakan tali sama juga seperti bermain yoyo.Abang Firas seronok bila dapat pusingkan gasing mini dengan jari.Masa ni Abang Firas dan mama di bank.Sambil tunggu mama sambil bersila main.Asalkan Firas happy di mana-mana pun boleh main dengan pengawasan mama.


(Anak main rumah bersepah?)

Educational Toys yang dijual di pasaran memang kebanyakannya mahal.Mainan apa tidak penting,yang lebih penting ialah masa dengan anak-anak.Idea spontan sambil lipat kain biasanya lebih bermakna.Lihat saja gambar Abang Yash mengira orang-orang kertas.Mudah,murah dan praktikal.Sebelum melakukan tugasan harian seperti melipat kain di rumah pun dah boleh buat.Hanya perlu gunting kertas pelbagai bentuk.Anak-anak boleh belajar mengira.Dengan bentuk dan warna yang sama memerlukan anak-anak lebih fokus pada pengiraan.

Bila rasa mahalnya "Educational Toys" ibu dan bapa bertindak lebih kreatif untuk anak-anak dapat bermain permainan yang membina dan merangsang minda anak-anak.

Anda ada banyak idea permainan yang 'kurang kos' dan mahu berkongsi dengan saya.Boleh komen di ruangan ini.

















Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...