Skip to main content

Jalan-Jalan Cari Makan-Jom Makan Popiah


Hujung minggu ni biasanya bawa keluarga berjalan sambil jalan kita cari makan.Topik jalan-jalan cari makan ni memang favorite.Dalam ekonomi yang lembap sekarang pun bab makan kita sendiri dah ada budget untuk family sesekali makan di luar.

Pilihan makanan yang ada pula sangatlah banyak.Antara tempat yang dikunjungi ramai ialah Giant Sek.13,Shah Alam.Di food court Giant Sek 13 ini terkenal dengan makanan foodcourt yang sedap antaranya mee sizling dan nasi ayam.Memang menjadi favorite keluarga yang datang ke sini.

Di kiosk-kiosk di hadapan foodcourt pula ada banyak pilihan makanan ringan yang boleh kita 'tapau' bawa balik juga.Antaranya bihun sup,nasi dagang,muffin,aneka kuih tradisional dan nasi tomato.

Tapi yang paling istimewa semestinya popiah basah dan popiah goreng dari House Of Popiah.Kenapa saya claim popiah ni sangat istimewa?Ramai yang sanggup beratur dan singgah di Giant Sek 13 ini hanya untuk tapau 'popiah basah' dan 'popiah goreng'.Kalau lambat mesti tak merasa la jawabnya.





Wajah kiosk di Giant Sek 13 ini sudah lama bertukar kepada konsep baru.Kiosk yang lama memang keadaannya agak 'lama' hihi.Elok sangat diganti dengan yang baru untuk keselesaan pengunjung dan untuk memudahkan urusan jual beli.


Nak makan popiah ni mula-mula mesti rasa nak order 4pcs.Tapi bila makan 2pcs pun dah kenyang.Paling saya suka sos popiah ni.Kalau tak banjir memang tak rasa 'kick' tu.Ada juga yang suka kurang sos dan tanpa sos.Popiah basah ni makanan 'universal'.Semua bangsa suka makan popiah ni.Lagipun 1 Malaysia kan..asal sedap je nak cuba.

Jom saya recommend anda dapatkan popiah basah dan popiah goreng di kiosk House Of Popiah,Giant Sek,13 Shah Alam.

Cuba sekali pasti nak lagi.







Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...