Skip to main content

Telekung JC dan Cotton - Mana Satu Pilihan Ibu-Ibu?

TelekungKidz dari Adda Wardrobe mempunyai misi tersendiri iaitu untuk membantu ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil mengenal solat melalui pakaian solat.

Kanak-kanak berusia 4-6 tahun kebiasaannya sudah pun dihantar ke Playschool,Taska,Tabika atau Tadika.
Di sana mereka telah diajar asas solat.Di rumah pula kita sebagai ibu dan bapa mendorong mereka melalui solat berjemaah di rumah.Kami tahu di sana jarang disediakan telekung untuk setiap kanak-kanak dan kanak-kanak perlu membawa telekung mereka sendiri.

Bagi memupuk minat dan semangat untuk terus solat,TelekungKidz membantu ibu bapa dalam menyediakan telekung untuk anak-anak kecil dengan material yang baik dan harga yang berpatutan.


Telekung JC pink dengan renda dan kepala kemasan smocking ini sangat praktikal untuk anak-anak.Mudah dipakai sendiri dan warna soft pink pula adalah warna majoriti kegemaran anak-anak kecil.


Kami menawarkan pelbagai pilihan warna untuk menarik minat anak-anak kecil bagi memilih sendiri warna kesukaan mereka sekaligus mereka akan terus menyayangi hak milik mereka ini sebagai kawan karib.


Telekung Maira Cotton ini diperbuat daripada material Japanese cotton.pilihan warna telekung berbunga kecil dan kain kosong warna senada juga menjadi pilihan anak-anak kecil yang sukakan keindahan bunga-bunga.Bunga adalah di antara benda hidup yang terawal mereka belajar di pre-school.Kebiasaannya mereka belajar mewarnakan bunga.Dari situ kreativiti mereka tercipta.


Adik Arissa Maisara adalah anak kepada pelanggan TelekungKidz yang telah memiliki Telekung Candy (basic plain) ini.Dengan harga promosi RM35 sahaja adik Arissa 'happy' memiliki telekung pertama di usianya.


Telekung Candy-Shocking Pink ini dibelikan oleh ibu saudara adik Nia sebagai hadiah.Di TelekungKidz kami yakin bukan sahaja ibu-bapa malah penjaga dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan kanak-kanak mahukan yang terbaik untuk anak-anak.Hadiah adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi kanak-kanak apatah lagi ia adalah sepasang telekung.


Ummi Nilam merupakan pelanggan kami dari Sarawak.Kami yakin penduduk Sabah dan Sarawak sukar untuk mendapatkan telekung kanak-kanak yang berbaloi.Terbukti Ummi Nilam sangat berpuas hati denga Telekung Candy.


Adik Acha menggayakan Telekung Maira Cotton yang telah dimilikinya.Adik Adda pula menggayakan Telekung Candy yang comel.

MANA SATU PILIHAN IBU-IBU?

TELEKUNG MAIRA COTTON -RM65
TELEKUNG CANDY -RM35

HUBUNGI :

Roslinda Arifin
019-2121 540 (WA/SMS)

Gerai No.3,Masjid Kg Kuantan,41300 Klang
Selangor Darul Ehsan.









Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...