Skip to main content

Tip Melatih Anak Berpuasa


Salam,

Ramadhan hampir ke hujungnya.Namun masih tidak terlambat untuk kita semak 'checklist' Ramadhan bersama anak-anak.Semoga bermanfaat :-

Tip Melatih Anak Berpuasa
-------------------------------------


  • Tunjukkan rasa bahagia kita apabila tiba bulan Ramadhan



  • Sediakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan melalui perbincangan keluarga.Beri peluang kepada anak-anak bagi memberi cadangan.Hargai cadangan mereka dengan pujian dan doa.Anak-anak akan berasa lebih terikat dengan cadangan mereka sendiri.



  • Baca Al-Quran selepas menunaikan solat.Supaya lebih menyeronokkan,baca secara bergilir-gilir.Tunjukkan kebahagiaan kita apabila mendengar bacaan anak-anak.



  • Ajar anak-anak bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan.Contohnya,berbuka puasa secara sederhana.



  • Sediakan tabung Ramadhan dan isi pada setiap hari untuk disedekahkan kepada fakir miskin pada akhir bulan Ramadhan.



  • Solat berjemaah di masjid sekerap mungkin.Penuhkan masa dengan aktiviti-aktiviti menarik sebelum dan selepas solat terawikh.Contohnya mengambil dan meyusun tajil (makanan ringan untuk berbuka puasa) dan meminta tandatangan penceramah.



  • Pilih rancangan-rancangan TV ataupun radio yang boleh ditonton ataupun didengar bersama-sama.



  • Sesuaikan rumah dengan suasana Ramadhan.Contohnya,tidak menyajikan makanan yang berlebihan semasa berbuka puasa ataupun memasang poster-poster yang menaikkan semangat untuk berpuasa.



  • Sediakan kuih untuk disedekahkan kepada jiran-jiran yang lalu di hadapan rumah kita.Berikan anak-anak peluang bagi merancang menu dan membahagikannya.



  • Menonton rancangan TV yang bermanfaat bersama-sama di rumah.



  • Melakukan aktiviti-aktiviti menarik sebelum masuk waktu berbuka.Contohnya :

...Berjalan-jalan bersama keluarga
...Membaca buku di tempat-tempat menarik seperti di kedai makan,di taman haiwan ataupun ditaman bunga,malah di bawah meja makan.
...Berkhemah di halaman rumah
...Bermain teka-teki ataupun puzzle secara beramai-ramai
...Menaiki basikal di sekeliling kawasan rumah bersama ibu bapa dan adik-beradik.








  • Ajak rakan-rakan anak melakukan aktiviti kreatif di rumah seperti membuat kad Hari Raya,pertandingan membaca surah-surah pendek,mendengar kisah-kisah dongeng,membuat kuih raya,ataupun membuat permainan daripada barang-barang terpakai.



  • Sebelum tidur,cerita kepada anak-anak berkenaan suasana bulan Ramadhan semasa ibu bapa mereka kecil

  • Bangunkan anak-anak untuk bersahur dengan menggunakan lagu-lagu kesukaan mereka.



  • Ajak anak menelefon saudara-mara ataupun kawan-kawan ketika masuk waktu bersahur.Sekiranya di tempat kita ada acara membangunkan jiran untuk bersahur dengan menggunakan gendang,tabuh,ataupun kompang,ajak anak-anak menyertainya sekali-sekala.



  • Galakkan anak menyertai acara-acara pada bulan Ramadhan seperti ceramah ataupun kelas agama.



  • Berikan hadiah ataupun pujian apabila anak berjaya menambahkan waktu ataupun jumlah hari mereka berpuasa.Dalam masa yang sama,tanamkan dalam diri mereka pahala daripada Allah SWT jauh lebih bermakna dan besar berbanding hadiah ataupun pujian yang kita beri.


Sumber : Creative Parenting Today


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...