Skip to main content

Kenapa Bayi Dibedung?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang topik yang agak menarik iaitu "Kenapa Bayi Dibedung".

Jika kita lihat senario ibu-ibu sekarang yang tidak lagi mengamalkan membedung bayi dengan alasan bayi panas,bayi tak suka,bayi rimas dan apa sahaja alasan.Sebenarnya bukan alasan dari bayi,mungkin agaknya hanya alasan dari si ibu.

Tahukah Anda?

Bayi mengalami perubahan alam iaitu dari alam rahim ke dunia nyata.Bedung membantu bayi supaya tidak rasa terkejut dengan perubahan ini.Bayi akan perlahan-lahan memahami alam baru.Kain bedung bertindak sebagai pengganti dinding rahim yang selama ini menjadi pelindung mereka.Pergerakan mereka semasa di dalam perut ibu yang dibatasi dengan dinding rahim,kini diganti dengan kain bedung.Pada zaman dahulu ibu-ibu membedung bayi dengan alasan bayi mudah 'terkejut' atau 'gamam' kata sesetengah orang tua-tua.

Bayi Mudah Tidur Jika Dibedung

Ya,berbalik kepada alasan bayi mudah terkejut tadi,sebenarnya bayi lebih mudah tidur jika dibendung.Bayi akan rasa lebih selamat tidur dalam keadaan dibedung.Tetapi perlu diingat,kain bedung mestilah kain yang selesa.Sudah tentu dalam cuaca yang panas,jika bayi memakai pakaian yang tebal ditambah pula dengan kain bedung,bayi sendiri akan menangis tidak selesa.



(Cara Bedung Bayi)
Bedung Membataskan Pergerakan Bayi?

Kadang-kadang kita nampak bayi akan keluarkan tangan dari kain bedung.Ini kerana lumrah bayi semasa di alam rahim sendiri yang bebas bergerak,berpusing,menendang dan sebagainya.Biarkan sahaja jika mereka cuba keluar dari kain bedung.Bayi memang akan bergerak untuk menguatkan otot-otot mereka.Kita sudah tentu tidak membedung bayi 24 jam.

Tempoh Bedung

Sebenarnya tiada tempoh tertentu untuk membedung bayi.Ia bergantung kepada bayi itu sendiri.Jika kita biasakan bayi dibedung untuk masa tidur sahaja,biasanya ianya akan berkekalan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan mengikut keadaan fizikal bayi.Sudah tentu bayi yang lebih besar fizikalnya tidak selesa untuk dibedung.Sesetengah bayi yang biasa dibedung,mereka sendiri tidak boleh tidur jika tidak dibedung.Bedung ini bertindak seperti selimut.Ia juga berlaku pada kita sehingga dewasa.Terdapat sesetengah daripada kita yang tidak boleh tidur tanpa menggunakan selimut.Begitu juga perihal bayi yang dibedung.

Gunakan Kain Bedung Dari Material Yang Sesuai

Dahulu ibu-ibu menggunakan kain batik atau kain lampin untuk dijadikan kain bedung.Sekarang telah banyak inisiatif dari pengusaha yang melakukan inovasi untuk kain bedung.Antaranya boleh lihat di blog : Blog Bengkung Moden (http://www.bengkungmoden.com/blog/) dan Chedah (http://chedah.com/) yang menjual bedung dan bengkung bayi.

Semoga bermanfaat.








Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...