Skip to main content

Anak Tantrum atau Buat Bising Di Masjid Ramadhan ini?Bagaimana Mengatasinya.

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah,dah hari ke-3 berpuasa.Tahniah kepada adik-adik yang dapat berpuasa penuh.Ibu-ibu tolong sampaikan salam tahniah saya ya.Yang pasti solat 5 waktu jangan ditinggalkan demi berpuasa.Kewajipan solat perkara utama,5 waktu yang mesti dijaga.Waktu terbaik untuk didik anak solat juga pastinya dalam bulan Ramadhan.

Saya amat dukacita bila terdengar cerita rakan sebaya yang bawa anak kecil ke masjid dan ditegur oleh individu yang nampaknya tak selesa dengan kehadiran anak-anak kecil ke masjid.Ma Shaa Allah,kalau boleh masjid itu jadi tempat bermain anak-anak,pastinya hati anak-anak akan ke masjid.Tempat bermain maksud saya bukan bermain yang boleh mengganggu suasana masjid sebagai tempat beribadah.Banyak aktiviti kanak-kanak yang boleh dilakukan di masjid sebenarnya.Cuma kita kena tahu apa aktiviti yang bersesuaian.

Ibu bapa perlu mempelajari teknik atau mengatur strategi yang betul jika mahu anak-anak ke masjid tanpa mengganggu jemaah.Tapi pada saya berapa lama pula anak-anak akan duduk diam.Bermain adalah lumrah kanak-kanak Untuk mengatasi perkara ini hanyalah satu iaitu kebiasaan.Berapa kerap agaknya kita boleh bawa anak ke masjid.Pada hari di bulan lain,saya percaya agak sukar ibu bapa untuk bawa anak ke masjid pada setiap waktu kerana kekangan kerja.Jadi,waktu terbaik adalah pada solat Maghrib.Jika,hanya pada bulan Ramadhan baru kita nak bawa anak ke masjid,kita sendiri kena terima apa yang bakal berlaku dengan kehadiran ank-anak di masjid.Malam pertama mungkin belum biasa,jadi anak-anak belum menunjukkan taringnya.Saya yakin selepas itu,anak-anak sendiri akan mula berkawan dan rasa seronok kerana mempunyai teman bermain.Jadi,mari kita manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk praktikal dan membiasakan anak-anak dengan suasana berjemaah.

Ini antara tips yang boleh kita cuba :-

1) Penerangan awal kepada anak-anak apa itu puasa dan solat Terawikh.Persediaan minda ini penting kerana anak akan diberi informasi dan tanggungjawab sebenar.

2) Bawa mainan kegemaran mereka.Bagi anak kecil (masih bayi) bawa permainan yang boleh dipegang.Bagi yang lebih besar (2-3 tahun) mungkin boleh bawa buku mewarna dan pensil warna.

3) Bawa 'teman baik' mereka.Bagi yang menyusu atau hisap puting,mestilah kena bawa dua perkara ni bersama.Jangan sesekali tertinggal.Memang tak boleh duduk diam la jawabnya.Anak-anak yang ada bantal busuk,selimut busuk,teddy bear,atau apa sahaja yang mereka ulit untuk tidur juga harus dibawa bersama.

4) Beri hadiah jika berkelakuan baik.Kita boleh janjikan hadiah tertentu untuk masa tertentu.Jadi tak perlu beri hadiah untuk tiap-tiap hari berjemaah.Tapi kalau tiap-tiap hari pun apa salahnya.

5) Beri anak sepasang telekung dan sejadah.Biasakan mereka duduk di sebelah kita.Telekung yang dipakai haruslah selesa dari material yang tidak panas supaya anak-anak selesa memakainya dan tidak cepat berpeluh.Anak-anak memang mudah immitate apa yang orang dewasa lakukan.Anak-anak yang dah biasa melihat ibu bapa solat pasti dengan mudah mengikut ibu bapa solat di masjid.

6) Jangan sesekali beri handphone atau tab.Gunakan idea lain selain dari dua gadget ini.Walaupun program di dalamnya bermanfaat masih lagi kita perlu menyekat sebarang penggunaan gadget supaya anak-anak tahu menghormati institusi masjid.

7) Bawa minuman seperti air masak di dalam botol minuman bersama.

8) Pastikan anak-anak kenyang sebelum ke masjid.

9) Bawa bantal kecil,jika anak tertidur

10) Pergi ke masjid bersama keluarga dan saudara terdekat.Ini akan memberi lebih keyakinan kepada anak-anak.

Jom amalkan doa ini :-

“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa
wataqobbal Du’aa’…..
[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
(رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ†ْ Ø°ُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاءِ)) سورة إبراهيم: 40

In Shaa Allah,anak kita rajin mendirikan solat tanpa disuruh.Amin.
Selamat Berpuasa dari saya dan keluarga.
Wassalam





Untuk pembelian : Whatsapp 019-2121 540 (Pn.Linda)




Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...