Salam,
Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama rasa nak kongsi cerita
saya dengan kerenah anak-anak yang bijak pandai sekarang ni.Sebenarnya rasa nak
kongsi semua cerita.Ya,selepas alam percintaan seorang wanita yang dah mempunyai
anak pasti beralih arah cinta pandang pertama dengan suami dulu bertukar
sekelip mata dengan kehadiran anak-anak.
Jangan buat kesimpulan jauh
sangat,lihat je “profile picture” di akaun-akaun seperti facebook,instagram
atau google plus.Masa bujang gambar sendiri,bila dah kahwin gambar berdua,bila
dah ada anak,gambar anak sahaja atau gambar anak dan ibu.Gambar ayah jarang
masuk sekali.Agaknya masih berpegang kepada pantang bergambar bertiga kot
ya.Haha,kalau anak dah dua bolehla gambar berempat.Apa pun itu bukan isu
utama.Saya sendiri rasakan perkara yang sama.Bila ada anak ni,rasa nak tatap wajah
anak tu tak cukup setiap hari.Sampai waktu anak tidur pun kita nak tatap wajah
dia orang ni.Memang itulah cinta hati yang paling dalam.Wajah penghuni syurga.
Saya membesarkan anak sorang.Bila
sorang ni faham-fahamlah.Kewangannya pun sorang.Hikmah dari kekangan kewangan
ini,sebenarnya membantu saya dalam mendidik anak-anak.Saya ada beberapa kisah
nak kongsi :-
1) Satu
hari ada lawatan dari kawan ke rumah saya yang kecil tu.Kami berborak-borak
pasal anak masing-masing.Sampai pada satu cerita membeli di kedai baru saya
tersedar.Saya ceritakan pada mereka,dua orang anak ni bila saya bawa ke kedai,mereka saya benarkan beli satu barang sahaja.Mula-mula anak-anak akan
ronda-ronda dulu dalam kedai.Beberapa minit kemudian diaorang akan ambil satu jajan.Tapi
bila mereka terlihat jajan lain yang menarik hati,automatik jajan yang dipegang
tadi diletak semula.Dan macam biasa mereka akan tanya saya,”mama yang ini boleh?”.Lepas
saya bagi greenlight baru dia orang letak di kaunter bayaran.Memandangkan
mereka dah biasa begini sekali-sekala saya akan bagitau diaorang “ok,harini
mama belanja boleh beli 3”.Apa yang saya nak kongsi di sini,bila kita
meletakkan kuasa di tangan kita,anak-anak memang akan faham sebab kita tak
kalah dengan kerenah mereka dari mereka kecil.
Pernah lihat kan
di mana-mana shopping complex atau kedai anak-anak merengek nak itu-ini.Ada
yang melawan dan keraskan hati menangis,ada yang berguling-guling.Ada juga yang
berkongsi cerita bagaimana mereka belikan apa sahaja yang anak nak terutama
anak nombor 1.Maklumlah,masa anak baru satu,kewangan masih ok.
(Firas dengan wallet dan Adda dengan beg Frozen)
Masa saya ada
anak satu,saya ajar dia bagaimana ucap terima kasih bila kita belikan dia sesuatu.Dan
sesuatu tu bukanlah jajan.Contohnya saya belikan sepasang baju.Bila balik saya
buat surprise.Saya bercerita dengan anak,”Firas tadi mama balik kerja mama ada
belikan Firas hadiah di Jusco”.Bila kita bagi hadiah,anak akan hargai dan masa
tu ajar dia ucap terima kasih.Tapi selepas tu saya terangkan lagi pada anak,”Bulan
depan,kalau mama dapat gaji,mama belikan Firas baju lagi ok”.Jadi kefahaman
anak memang dah terbentuk di situ yang mama akan beli baju waktu dapat gaji
sahaja.
2)Saya
juga ajar anak nilai duit.Apa beza mahal dan murah.Bila kita bayar mahal apa
yang kita dapat dan bila bayar murah apa yang kita dapat.Selalunya anak-anak
dah faham beza dari segi saiz dan kuantiti.Saya adalah seorang mak yang takkan
belikan barang yang mahal untuk anak-anak.Macam yang saya cakap,kewangan saya
ni kewangan sorang.Bila masuk kedai buku saya akan ambil dua jenis buku yang
lebih kurang sama.Tapi ambil satu yang murah dan satu yang mahal.Paling mudah
nak buat perbandingan ialah buku mewarna.Di kedai buku,buku mewarna paling
banyak pilihan.Kalau anak pilih yang mahal,saya akan cakap yang itu mahal.Jadi
dapat agak kan apa tindakan anak kita.Mesti merengek nak juga.Jadi saya akan buka buku yang murah dan
terangkan semua isi di dalamnya.Yang mahal tu saya tak buka langsung.Terus saya
cakap beli yang murah dan “best” (hasil dari penerangan saya tu).Kalau takde
masalah nak keluarkan duit,dah tentu semua mak ayah takkan berfikir secara
kreatif.Bayar sahaja kan.
(Permata hati mami yang comel)
3)Bila
ada kefahaman seperti tunggu mama dapat gaji,boleh beli satu je dan beli yang
murah,sangat senang bagi saya control kehendak anak-anak semasa membeli.Dan
tips paling bagus yang saya nak kongsi ialah berbincang dengan anak dan
terangkan aktiviti yang bakal berlaku sewaktu kita keluar bersama mereka.Inilah
bahagian yang paling saya suka.Kalau saya bawa anak-anak ke Jusco
misalnya,dalam perjalanan kami dah berbincang nak makan apa dan beli apa di
Jusco.Anak-anak akan pilih dan bersetuju dengan satu pilihan.kadang-kadang dia
orang tak nak makan,cuma nak main.Dalam hati saya kesian juga sebab itu pun
mereka kena pilih.Antara makan dan main.Bila biasa berbincang anak-anak yang
akan tanya,”mama kita nak pergi mana dan buat apa?”.Sekali-sekala anak-anak ni
break the rules.Apa yang dibincangkan tak menjadi kenyataan.Biasalah tu,tapi
kebanyakannya berjaya seperti yang dirancang.
4)Sampai
bila tak belikan anak apa yang dia orang nak?Ya sampai bila ya.Pada saya kita
sendiri akan tahu bila.Contohnya pada peringkat umur yang kita tak nak gigi
anak rosak makan gula-gula,mestilah kita kena tegas.Tapi bila sampai waktu dia
orang boleh faham tentang kebersihan gigi,boleh makan gula-gula tapi apa yang
diaorang kena buat lepas makan gula-gula dan sebagainya.
5)Bila dah besar sikit (3 tahun ke atas),kesannya anak-anak jadi seorang yang tidak cerewet,boleh menerima keadaan,dan faham bila nak sesuatu kena buat sesuatu.Contohnya ajar anak menabung atau beri upah atas usahanya.Dari situ anak-anak akan lebih berusaha.
6)Sekarang anak sulung saya dah 5 tahun,saya dah mula beri dia duit.Dia yang akan bayar bila kami beli barang atau makan di luar.Saya beri dia tanggungjawab,lelaki kenalah bayar kan.Hihihi.Anak kedua saya Amanda,3 tahun pula memang dah boleh bayar sendiri di kaunter dan dah boleh disuruh beli apa yang kita beritahu.Saya teringat satu program tv di Jepun yang mendidik anak-anak kecil pergi membeli barang di pasar raya dan di kedai.Ada yang menangis bawa barang yang berat.Ada yang sangat bertanggungjawab,bawa adik dan jaga adik baik-baik.Ya,negara kita ni mungkin tak sesuai sebab keadaan keselamatan yang sangat membimbangkan.Nak ke kedai pun saya memang tak lepaskan.Setakat hari ni saya boleh monitor mereka ke kedai pada jarak 20 meter sahaja.Itupun kedai yang sangat familiar.
Siapa yang nak share cerita anda boleh comment di sini.
Comments