Skip to main content

#telekungwakaf

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam sayang dari mama (bahasa diri saya pada anak-anak).

Semalam lepas balik kerja terus pergi ambil telekung kat kedai.Saya hantar untuk sulam nama anak-anak.Ada 26 orang semuanya.Nama anak-anak ni panjang dan cantik-cantik tapi saya letakkan diri saya sebagai ibu mereka dan pejam mata ,terus pilih nama singkatan anak-anak ini untuk disulam atas telekung masing-masing.Bukan tak nak call admin tanyakan nama panggilan masing-masing tapi In Shaa Allah saya yakin kena je nama sulam tu pada mereka nanti.



(telekung smocking yang siap disulam)

Asalnya saya buka #telekungwakaf.Takut-takut tak cukup collection untuk rumah anak yatim ini.Tapi selepas announce di wall fb,3 hari sahaja dah complete 26 set dengan lebihan 2 pasang telekung.Kerja baik memang hasilnya selalu berlebihan.


(telekung yang dihantar di kedai sulam)


Pagi ni,lepas siapkan anak-anak saya diuji dengan karenah anak sulung.Firas yang asyik buat 'perangai'.Bukan mudah nak handle anak bujang sorang ni.Sebenarnya manja sangat.Manja sebab mama sorang je tempat bergantung.Marah pun mama,sayang pun mama.Ceritanya dia nak bawa bakul mainan dalam kereta.Saya yang tak bagi sebab kereta bakal penuh dengan penumpang dan barang.Sabar je dengan tangisan Firas yang berlarutan sampai ke kedai makan.

Saya dan anak-anak breakfast dulu.Kedai makan kampung ni memang kenal kami sekeluarga.Maklumlah pelanggan tetap.Sempat tuan kedai tanya nak ke mana.Saya cakap nak hantar telekung.Beliau cakap pada saya "untunglah awak".Saya pun cakap "itulah kak,saya tolong menyampaikan je".Tuan kedai sempat puji Telekung Cotton Somocking yang beliau beli dari saya 3 minggu lepas.Sedap pakai katanya.

Kami (saya,pengasuh anak saya dan anak-anak,Firas,Amanda,Haikal,Aiman dan Ani) sampai di rumah anak-anak yatim dan susah ini lebih kurang pukul 10.20 pagi.Parking je kereta saya lihat di notice board ada jadual untuk hari ini.Tertulis di situ "10 pagi.pelajar perempuan dapat telekung".Oh kami terlewat sedikit.Tak sabar nak minta maaf pada admin.

Kami dijemput masuk dan perkara pertama saya lakukan ialah menyusun telekung di atas meja sementara menunggu anak-anak masuk.Nampaknya tak cukup korum.Ada 15 orang sahaja hari ni.Ada yang join aktiviti sekolah dan ada yang balik.Ok takpe,yang ada ini pun dah cukup baik.

Sesi sharing bermula ;

Pertama ; Saya minta semua orang duduk di bawah bersama saya.Saya tak nak anak-anak ini rasa ada jurang antara kami.Lagipun saya bukanlah sesiapa.









Kedua ; saya mulakan sesi sharing dengan tunjukkan result UPSR saya zaman 1993.Sekeping sijil berwarna putih kekuningan yang saya masih simpan.Bukan untuk menunjuk-nunjuk.Dari survey "angkat  tangan" siapa yang dah lepas UPSR dan PMR dan berapa orang dapat A.Tiada seorang pun yang angkat tangan.Hati saya mula sayu.Ada 15 orang di hadapan saya yang belum dapat A dalam peperiksaan.

Ketiga ; sharing bagaimana Allah beri mama semua A tanpa belajar di rumah.Memang sebenarnya kisah benar saya.Saya bukanlah student yang belajar dan buat kerja rumah di rumah.Masa sekolah rendah dulu tak tahu pun apa erti belajar (study) sebelum peperiksaan.Saya minta anak-anak kenal kelebihan diri sendiri.Kena tahu apa yang kita suka buat.

Di sini beberapa point saya cuba sampaikan kepada anak-anak ini ;

-Saya cuba bagitahu setiap dari mereka punya kelebihan tersendiri.Saya kongsikan kelebihan diri saya yang saya boleh terima pelajaran hanya di kelas,Kalau tak pergi kelas saya tak dapat 'catch up' lagi apa yang dah belajar.Jadi saya bagitau anak-anak yang saya tak boleh ponteng kelas.Bermulalah sesi berkongsi.Ada anak-anak yang mula bertanya."Kalau demam?" -"Ya kalau demam mama pergi sekolah juga"..Yang lain bertanya lagi "Kalau ribut?" -"Ya,kalau hujan ribut tetap pergi".Saya pun bercerita sedikit kisah saya dulu di kala hujan.

Cerita 1 : (Semangat Menuntut Ilmu)

Dulu masa mama kecik-kecik kalau hujan mama tunggu sampai hujan berhenti.Lepas hujan berhenti walaupun masa tu pukul 9,mama akan pergi juga sekolah.Sebab ingat tak mama cakap tadi kalau mama ponteng mama takkan boleh catch up balik apa yang mama belajar.

Saya lihat muka-muka mereka yang sebenarnya seakan tak percaya saya datang sekolah 365 hari tolak hari cuti sekolah.

Dan saya sayu lagi sebab saya tahu anak-anak di sini bukan kuat semangat untuk ke sekolah.Kalau ada alasan tak pergi sekolah saya percaya mereka tak pergi.

Sambil bercerita saya fikir-fikirkan juga apa sebab mereka belum dapat A dalam peperiksaan.Jadi saya tanyakan satu soalan."Siapa di sini ada masalah hafalan".Pada saya kalau tak faham tapi boleh hafal dengan baik pun dah cukup bagus.Hanya ada sorang yang agak confident nak bagitau dia ok pada hafalan.

Ya,anak-anak di sini terlalu banyak ruang untuk diasah.Saya tanya lagi "Siapa di sini makan bersulam air? Maksud mama,makan minum lepas tu makan." Semua anak-anak senyum-senyum kambing memandang saya.

Cerita 2 : (Tips dan Petua)

Nak tahu?Tak baik makan bersulam air.Nanti susah nak hafal.Ini sebenarnya amalan.Cara kita makan.Kalau kita makan,minum kemudian,selepas makan.Rahsia mama dapat A tadi sebab mama senang ingat.Adik-beradik mama 9 orang,mama anak ke-6,anak perempuan bongsu.Jadi lepas makan mama yang akan basuh pinggan.Basuh pinggan ni tak lama,dalam 15 minit je.Lepas habis basuh pinggan baru mama minum.Kalau pedas sikit-sikit tu tahan je.Sebenarnya ada betulnya makan tak boleh bersulam air,nanti kita cepat lupa.Sama juga siapa pernah dengar makan buah.Siapa tahu bila bagus makan buah."Lepas makan" jawab anak-anak di hadapan saya.Pernah dengar tak makan buah sebelum makan.Apa yang mama cuba sampaikan ni amalan kita yang basic.Basic ni macam makan.Kalau basic pun kita tak boleh buat jadi apa-apa yang lain pun kita tak boleh buat.

Ya,hati sayu lagi sebab bila mereka di sini siapalah yang ada untuk berkongsi tips-tips seperti mudah hafal dan lain-lain.Anak-anak di sini perlukan petua dan tips yang berguna dalam membantu mereka belajar.Saya berkongsi pula 'sijil keputusan PMR' dengan anak-anak.Semua yang ada mengira berapa subjek di atas sijil tersebut dan berapa A yang ada.(Sekilas pandang dah tentu semua nampak sebaris A ke bawah).Tapi saya tahu mereka kagum dengan sijil di depan mata mereka.

Bertambah sayu,mungkin dalam hati mereka berkira-kira cantiknya kalau itu sijil mereka.

Saya bercerita lagi ;

Cerita 3 : (Kenapa Perlu Cemerlang)

Sekarang umur mama 33 tahun.Mama dah ada anak dua orang (sambil tunjuk Firas dan Adda).Tahu tak kenapa kita kena cemerlang.Sebab kita nak ajar anak-anak kita nanti.Macam adik-adik belajar Matematik.tambah,tolak,bahagi,darab tu.Nanti nak ajar pula anak-anak.Kita guna sampai bila-bila sebab kita faham.

Semua terdiam.Mata mereka tertumpu pada Aiman dan Haikal yang main handphone di depan.Dalam hati saya,alamak fokus mereka dah lari jadi sharing perlu dihentikan.

Saya membuka ruang jika ada yang nak bertanya tentang tips belajar dan sebagainya.Saya perhatikan ada yang betul-betul minat dan ada yang dah tak sabar nak balik.

Saya teruskan sesi penyampaian telekung.Alhamdulillah,nama sulam (nama panggilan) mereka semuanya tepat.Rezeki mereka.Naluri ibu selalunya tepat.Hati hiba sebab bila saya bagi telekung saya akan bagitahu setiap orang "Ingat ya jaga solat 5 waktu,belajar rajin-rajin" "Ingat ya jaga solat,belajar pandai-pandai tau".Dua ayat yang mungkin mereka tak dengar dari seorang ibu atau bapa.








Ada di antaranya yang sebak sebab saya akan pandang muka mereka sambil menyampaikan pesan itu.Sebab itulah yang saya buat pada Firas bila saya pesan dia "dengar cakap cikgu,belajar rajain-rajin"

Saya tak bergambar dengan semua yang hadir tadi sebab saya rasakan ini bukanlah event penyampaian hadiah.Biarkan diaorang teruskan aktiviti hari Ahad sambil ingat pesan saya yang tak seberapa.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan telekung baru kepada anak-anak ini.Idea sulam nama ini sangat membantu kerana telekung mereka hanya ditanda dengan marker pen.

Idea sharing ini hanyalah untuk menjadi telinga sementara kepada anak-anak yang tak punya siapa.Coretan ini sekadar sebahagian dari cerita hari itu.Ada lagi cerita menarik di sebalik kisah #telekungwakaf di sini.

Tunggu coretan saya di lain hari.

"In Shaa Allah Allah akan beri mereka semangat juang yang tinggi,doakan mereka dari kejauhan"






Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...