Skip to main content

#telekung4community

Salam,

Alhamdulillah,masih bernafas di bumi Allah untuk mencari rezeki buat keluarga.

Hati masih teringat anak-anak di sana.Apalah yang mereka buat lepas balik sekolah sampailah nak tidur nanti.Saya pilih rumah ini kerana rumah ini berada di kawasan saya.Dah tentu saya sangat 'familiar' dengan rumah ini tetapi belum melangkah masuk.Pada saya untuk membantu kita kena lihat sekeliling kita dulu,mesti ada sekitar kita yang memerlukan perhatian.

Kenapa telekung?Mungkin setiap dari mereka dah ada telekung cuma saya tak pasti sama ada sudah berganti yang baru.Tapi saya yakin,pemberian telekung akan membuat azam mereka untuk pastikan solat 5 waktu dan pesanan secara tidak langsung yang mereka ada Allah walaupun tiada sesiapa di muka bumi ini.Dan rumah ini bukan sekadar menampung anak-anak yatim tetapi anak dari keluarga yang susah.Ibu atau bapa mereka hantar mereka ke sini kerana tidak mampu memberi keperluan dan pendidikan yang sempurna.

Selepas sesi penyampaian telekung hari itu kami sembang-sembang dengan Tn Haji.Sambil sembang-sembang kami dikunjungi tetamu.Dua orang pemuda datang nak bagi barang katanya.Kami bagi laluan seketika pada dua orang pemuda ini sambil anak-anak berlegar-legar di ruang tamu nak main.Saya nak juga sembang-sembang dengan Tn Haji,nak dengar cerita anak-anak di rumah anak yatim ini.

Saya nampak lebih kurang 10 kampit beras di depan tangga.Dalam hati saya,murah rezeki anak-anak di sini.Ada je yang datang memberi.Selesai mereka berdua dengan Tn Haji,Tn Haji pun bagitau pemuda tadi menyampaikan hajat.Katanya dulu ada hajat tak jadi,justeru beliau minta doa dari Tn Haji dan jadikan amalan.Alhamdulillah,bila hajat dah kesampaian beliau sampaikan sumbangan itu di rumah anak yatim ini.

Sungguh,bila kita susah hati,kadang-kadang keluarga dan kawan sendiri tak dapat membantu,boleh je sebenarnya pergi pada orang-orang yang banyak ilmu dan pengalaman seperti Tn Haji ini.Minta pandangan dan nasihat.

Kami mula bersembang.Hurmm,nampaknya Tuan Haji bersetuju dengan beberapa point yang saya share dengan anak-anak tadi.Antaranya kata beliau,'budak sekarang buku pun dicampak-campak'.Dalam sesi sharing tadi saya ada berpesan supaya adik-adik 'hormat buku' dan 'hormat ilmu'.

Semasa kami bersembang,datang seorang pelajar lelaki.Adik ini ambil keputusan PMR saya.Adik ini kagum dan tersenyum.Tn Haji cakap "cuba kira" berapa A tu?.Saya ketawa kecil.Adik ini sangat berminat melihat sijil saya.Saya harap menjadi inspirasi adik ini selepas saya balik nanti.

Tn Haji menyambung lagi,anak-anak di sini sebenarnya senang.Mereka juga ditatang seperti anak-anak lain.Kadang-kadang sehingga tidak menghargai pemberian orang lain.

Pada saya,mereka ini anak-anak biasa.Bukanlah kesedaran itu lahir dalam diri mereka dengan sendiri.Mereka perlu dijelaskan dengan matlamat hidup dan wawasan untuk menjadi seorang yang cemerlang.Mungkin ada juga yang 'for no reason' hanya tinggal di situ dan buat rutin yang biasa.Mereka kurang kasih-sayang dan perhatian.

Sambil saya bersembang dengan Tn Hj seorang pelajar perempuan yang dari tadi duduk di sebelah saya asyik bertanya mengenai saya dan anak-anak.Dalam hati,adik ni mesti banyak nak tanya.Saya tahu adik ini berfikir masalah diri sendiri.Saya tahu adik ni nak cemerlang tapi beliau sangat lemah.Bukan sahaja takde A tapi matapelajaran yang asas seperti Bahasa Melayu juga sangat lemah.

Alangkah sedihnya saya sebab tak dapat bersama adik-adik di sini.Bila mereka ada masalah dalam pelajaran,siapa yang ada untuk mereka bertanya.Mungkin ada yang sebaya,tapi setakat mana yang kawan mampu jawab.

Sebenarnya di sini ada ruang untuk sukarelawan yang berminat berkongsi ilmu memberi tunjuk ajar pada anak-anak di sini.Warga rumah ini sangat menggalakkan sesiapa sahaja untuk datang dan memberi semangat serta berkongsi ilmu.

Hurmmm saya terfikir untuk berbakti pada mereka.In Shaa Allah saya mampu selepas menyusun beberapa perkara dalam hidup saya.

In Shaa Allah project #telekungwakaf akan diteruskan.Dan saya juga fikirkan satu lagi project pendidikan percuma yang boleh disumbangkan oleh semua orang.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan dari segenap segi,boleh terus pergi ke :-

Pertubuhan Anak Yatim & Miskin
 Sg Pinang Batu 1 3/4 Sg. Pinang,
 Jalan Kapar, 41400 Kelang. 
Tel: 03-33410362 



Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...