Salam,
Alhamdulillah.Semalam hari yang indah buat saya dan anak-anak Firas dan Amanda.Bangun awal semalam lepas solat update customer.Rezeki awal pagi,customer confirm order untuk 4 pasang telekung.Actually customer ni existing customer saya.Bila customer minta diskaun hati teringat Freemarket,oh hari ni nak pergi sana menyampaikan amanah #telekungwakaf.Jom sedekah pagi-pagi ni.Feeling happy,rasa lapang dan seronok.
Macam biasa anak-anak suka bergaduh depan pintu.Maksud saya anak-anak kecil ni kalau ada gang mesti ada je yang digaduhkan adik beradik.Saya bawa bekal roti telur,air masak dan air teh.Macam nak pergi berkelah.Sebenarnya i am a 1stimer ke Freemarket.Risau anak-anak lapar takde tempat nak makan.Walaupun tahu di freemarket semuanya free.
(baru sampai)
Target untuk hari ini ialah menghabiskan apa yang dibawa ke sana.Bagi saya,saya tahu nak buat macammana nak habiskan apa yang dibawa.Pertama,saya risau takut ada yang tak sudi dengan telekung yang cantik-cantik ni.Harapan semoga dipermudahkan.Jangkaan kami ramai yang akan datang seperti yang telah dinyatakan.
Sepanjang perjalanan saya borak-borak dengan anak-anak dan explain apa aktiviti hari ini.Saya bagitau siapa 'anak yatim' dan apa yang kami akan buat hari ini.Sampai di sana hampir pukul 10.Saya lambat sebenarnya.Dalam perjalanan ke Kolej ke-10,di hadapan saya 3 buah bas.Saya yakin bas ini membawa special 'guest iaitu anak-anak yatim yang dijemput khas ke Freemarket.Rombongan mereka dan saya sampai.Hihihi.Saya berjalan dengan anak-anak ke kolej seiring dengan anak-anak yatim yang sedang berbaris menuruni tangga.Sampai je di anak tangga pertama,bulu roma meremang.Nak menitis airmata.Ada aura di sini.Saya pegang Firas dan Adda,masuk langkah anak tangga ke-3 ada volunteer menyambut saya.Soalannya 'Puan contributor ke?' "A ah"..Beliau beri saya sticker 'Contributor Freemarket'.
Sampai di meja kami,saya bersama rakan seperjuangan dari 'TelekungNajwa' kami bersiap sedia untuk melayan anak-anak ini.Saya cadangkan untuk memakaikan telekung dan tudung yang kami bawa hari itu.Pada saya mereka adalah anak-anak dan dah tentu ada perasaan malu,malu nak bertanya dan saya hanya membayangkan memakaikan telekung pada mereka untuk menunjukkan ada insan yang sangat prihatin pada keperluan kamu semua.Kami sangat bersungguh.
(suits you anak..)
(cuba kain pulak)
Saya ada perasaan risau.Risau nak berjalan luar daerah meja kami.Sebab hari ini saya rasakan semua adalah hak anak-anak ini untuk memilih dan mengambil apa sahaja yang mereka mahu.Ada banyak booth yang bawa makanan seperti coklat,gula-gula dan makanan ringan.Ada juga permainan dan baju-baju.Ada kelengkapan sekolah seperti beg,stationeries,buku dan sebagainya.Kami masih menunggu di meja sehingga 90% barang atas meja 'clear'.
(toys contribution by Abang Adam)
Saya mula bawa Firas dan Adda jalan-jalan.Oh,semua yang nampak kami mula memberi.Maklumlah anak kecil.Seronoknya Firas dapat candy,coklat,sweets.Jalan lagi ramai aunties yang panggil nak padankan baju.Firas sangat suka.Dia ambil apa sahaja yang diberi.Saya biarkan sahaja.Mama tahu apa yang Firas rasa.
Terbayang keriangan wajah-wajah anak-anak yang dapat barang.MC tak lupa bersuara sekali-sekala dengan pesanan,'minta baik-baik' ya di booth.Anak-anak yang datang ke booth pastinya akan melihat dan diam.Kami memainkan peranan dengan bertanya dan menggalakkan anak-anak untuk berani bersuara.Dalam hati 'today' this is all yours.
Hiba lihat muka seorang demi seorang.Ada yang sangat kecil menggendong beg plastik sarat dengan pilihan hati yang dah penuh terisi.Kami tahu apa perasaan mereka.Hanya yang datang semalam tahu apa perasaan mereka.
Masa berlalu dan kami capai target untuk contribute telekung pada yang hadir.Dan makan time pun tiba.Semua makan makanan yang sama yang dibawa khas oleh contributor.Makan free.Di sini hari ini semua percuma.Beri dan ambil apa yang anda mahu.
Jujurnya idea Freemarket adalah satu idea bernas.Penganjur adalah penggerak yang dipilih Allah.Thank you all yang menyumbang tenaga dan masa.Tiada apa yang dibazirkan.We are doing this for society,for humanity and for the loved one.Anak-anak aset masa depan.Sama-sama beri mereka kasih sayang dalam apa juga bentuk.
Terima kasih pada penyumbang 'telekung wakaf' dari Adda Wardrobe.Untuk seorang kanak-kanak di sana dapat telekung percuma pada saiz mereka adalah sesuatu yang bukan boleh dinikmati oleh mereka selalu.Mereka sangat gembira.
Alhamdulillah.
Terima Kasih Ya Allah.
Comments