Skip to main content

Dari Kisah Seorang Marhaen-Mencari Jalan Survival (5)

Salam Yang Berhormat;

Menetap di Selangor selain Kuala Lumpur adalah satu cabaran.Pendapatan Rm3,000 dan ke bawah sudah dikira miskin (miskin bandar).Siapa agaknya boleh menafikan income RM2,500 bagi seorang bujang cukup.Ya,mungkin ada yang berpesan "ukur baju di badan sendiri".Kalau cukup untuk seorang bujang bagaimana pula ibu tunggal beranak dua.

Ya,saya tak malu dikategorikan sebagai miskin.Miskin bukan faktor saya untuk duduk diam atau malu pada ketentuan Allah.Tiada manusia yang mampu mengubah nasibnya melainkan diri sendiri.

Seketika terpaku bila mengenang nasib diri.Tapi bukan alasan untuk berdiam.Berbekalkan ilmu yang ada dan keadaan diri yang masih sihat walafiat,pelbagai usaha dilakukan untuk menjauhkan diri dari dihimpit kemiskinan.Sekian lama bertahan akhirnya tertewas juga sesekali akibat desakan ekonomi.Semasa kenaikan BFR oleh Bank Negara saya adalah orang yang paling terkesan.Ada panjang ceritanya.

Marhaen seperti saya tidak mampu untuk buat 5 kerja dalam satu masa.Jadi,saya mencuba nasib memohon bantuan dari Pusat Zakat berhampiran.Airmata menitis bila saya dikira tidak layak menerima bantuan kerana dari segi income per kapita memang saya tidak layak.Saya menangis sebab untuk bayar duit ansuran rumah sahaja telah menarik 70% dari gaji saya.Sangat tidak logik.Mungkin saya stress sebab dalam masa yang sama saya tak nak "let go" rumah yang dibeli dari hasil usaha sendiri.

Dengan kuasa Allah,bantuan datang.Pegawai telah membuka mulut bahawa Pusat Zakat ada menyediakan bantuan untuk ansuran rumah.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya dapatlah saya bernafas sama ada untuk menjual rumah atau terus memiliki rumah ini.

Cuba fikirkan keadaan semasa di mana susahnya seorang fresh graduate untuk membeli rumah pertama dan sebuah keluarga untuk memiliki sebuah rumah kerana selama ini telah lama menyewa.Ya,saya tahu sekali lagi "ukur baju di badan sendiri".

Membeli dan menjual rumah bukanlah satu perkara yang mudah jika kita hanya bekerja biasa-biasa sahaja.Tekanan ini kita ambil sebagai motivasi tapi adakah ia menjadi motivasi kepada semua orang?Siapa yang betul-betul kuat?Seorang ayah terpaksa bekerja lebih masa.Ayah ini meninggalkan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada isteri yang juga bekerja.Anak-anak pula ditinggalkan dengan pengasuh sehingga lebih 8 jam sehari.Di mana penghujungnya?

Kebanyakan informasi tidak sampai kepada rakyat.Bukan semua menemui jalan penyelesaian.Golongan yang boleh googles sedikit bertuah tetapi bagi golongan yang tidak disentuh dan diambil peduli hanya mereka yang prihatin sahaja dapat berkongsi maklumat.

In Shaa Allah saya akan kongsikan bagaimana Pusat Zakat dapat membantu dan bagaimana menyelamatkan property daripada dilelong.

Salam sayang.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...