Skip to main content

Dari Kisah Seorang Marhaen-Mencari Jalan Survival (4)

Salam Aidiladha,

Ramai yang menanti hari cuti.Masa nilah nak habiskan masa dengan rumah dan keluarga.Tapi ada juga yang stress.Secara jujurnya bagi ibu yang bekerja nak pula dengan 5 orang anak di rumah,rasa tak sabar menanti hari kerja kembali.Perasaan biasa bagi ibu bekerja,tipulah kalau takde rasa sedikit pun macam tu.Bila pergi kerja kesal bukan main,rasa kalaulah aku kaya.

Bukan mudah nak keluarkan sifat-sifat buruk dalam diri.Anak bila jauh dikenang,bila dekat...hurmmm jawab sendiri.Musim "selfie" ni bukan main upload gambar anak.Pantang kan..nampak anak comel sikit rasa nak rakam semua memori indah.Tapi bila anak aktif,berlari,bermain ada yang menjerit dan mengherdik macam buat salah besar.

Saya tanya anak saya hari ni semasa kami 'breakfast' di rumah.

"Lepas makan kita buat apa?"..Sepantas kilat Adda jawab."Main......"

Macammana nak didik anak dengan rutin harian yang penuh disiplin.Mampu ke kita terangkan segala benda dan sebab pada anak dan nak ke anak dengar?Anak ini maksud saya yang sekecil 1 hingga 6 tahun.

Saya hanyalah seorang marhaen tapi masih berpeluang mencari ilmu.Ilmu pendidikan awal kanak-kanak boleh dicari.Kita boleh dapatkan secara percuma atau dengan kos yang rendah.Jom saya ceritakan.


(Gambar semasa pembentangan kerja kumpulan-Seorang pengasuh adalah juga seorang guru,mesti pandai bercakap dan cara bercakap seorang pengasuh sangat menarik.Kita tak perasan sebenarnya,tapi ini lumrah seorang pendidik dari azali iaitu setiap wanita bergelar ibu.Saya yang berdiri berbaju orange :))


(Mereka yang hadir kursus ini bukan sahaja ibu malah seorang wanita yang belum berkahwin.Sesiapa sahaja boleh mendapatkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak.Saya juga menuntut ilmu pendidikan kanak-kanak semasa masih belum berkahwin.Dah ada anak dua lagi la nak cari ilmu.Ingat..tak semua yang datang kursus ini semuanya positif.Ada yang masih kurang ilmu,ada yang terlebih ilmu,ada juga yang selama ni main belasah je tapi berani mencuba.)



(Gambar bersama YB Rodziah Ismail selepas menerima sijil dan Kit yang penuh barang mainan bernilai RM500.Saya beruntung sebab saya ada dua orang budak yang boleh main semua ni)


(Wajah gembira menerima sijil KIPK)

KIPK ialah Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak.Kursus ini diberi secara PERCUMA.Kami diberi tempat tinggal semasa kursus dan sajian makanan yang sedap-sedap.5 kali makan.Sesekali pengasuh dilayan di hotel,sambil menimba ilmu,dapat makan sedap,tidur tanpa gangguan :) Alangkah indahnya.

Untuk meningkatkan diri dari satu tahap ke satu tahap kadang-kadang pendidikan itu percuma.Hanya kita yang perlu mencari.Tak tahu?Tak perlu risau.Ringankan mulut bertanya.

In Shaa Allah nanti saya kongsikan intipati dalam kursus KIPK ini.

Yang pastinya setiap yang kita impikan terbentang jalan yang luas.

Salam sayang.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...