Skip to main content

Dari Kisah Seorang Marhaen -Mencari Jalan Survival (3)

Salam ;

Esok Aidiladha,Hari Raya Haji.Bagi yang berkemampuan boleh buat ibadah korban.Saya nak sambung cerita-cerita di sebalik kisah seorang marhaen.Kisah saya dan mereka-mereka yang sama seperti saya.

Saya mempunyai rasa yang sangat kuat dengan anak-anak.Rasa itu ialah rasa seorang ibu dan anak.Seorang ibu yang mengandungkan anaknya 9 bulan takkan mudah melupakan saat kelahiran anaknya.Dan anak-anak hanya ada saya.Mari saya kongsikan cerita kami dulu.Kisah saya dan badan-badan yang berkaitan.

Cerita 1-Kisah Di JKM

Semasa mengandungkan Firas saya ada membuka taska di Klang.Untuk membuka taska kita perlu ada lesen dan kursus berkaitan.Dalam keadaan sarat mengandung saya dari KL ke Klang untuk tujuan pendaftaran.Saya telah bersiap sedia sepenuhnya dan saya tahu kerja saya sangat memudahkan pihak JKM sebab saya tahu apa yang saya kena buat dan saya tahu bukan mudah bagi saya untuk travel dan membuat segala urusan seorang diri.Jadi sudah tentu saya akan work smart.

Sampai sahaja di JKM,tiba giliran saya,saya diberitahu pegawai berkaitan tiada dan tiada siapa dapat membantu.Beliau pergi kursus selama 3 bulan.Muka saya berubah dan saya tahu saya kecewa dan nak marah sangat.Maklumlah saya mengandung,penat,lapar dan banyak lagi emosi yang bercampur baur.Saya duduk sekejap di kerusi sambil menenangkan diri.Saya bangun semula dan berjumpa pegawai di kaunter dengan muka yang hampir nak keluar airmata.Saya cakap "dik,tolonglah akak merayu,takkan takde sesiapa boleh tolong,akak dari KL ni..".Sedang officer tersebut cuba memberi alasan keluar seorang pegawai dari dalam dan bertanyakan cerita saya.Saya tunjukkan yang saya ada semua dokumen dan hanya perlu surat daripada mereka.

Puan tersebut telah membawa saya masuk dan meminta seorang officer membantu saya.Ya,akhirnya mereka jumpa "folder" pegawai yang berkursus tersebut dan terus "copy paste" untuk surat saya.Mudah sangat hanya perlu cari dan copy paste,kemudian minta tandatangan.

Saya rasa kalau makcik-makcik yang datang tadi mungkin mereka akan berulang-alik ke sini atau menunggu selepas 3 bulan.

Ini fenomena biasa di sesetengah jabatan kerajaan.Seorang pergi kursus 3 bulan,sorang lagi cuti bersalin jadi takde siapa yang handle case.Kita hanya mampu menunggu.Tapi saya takkan tunggu.

Saya hanya rasa,begini sekali keadaan saya seorang ibu mengandung.I am not special at all.Kita tak boleh berfikir sewaktu marah,Tapi nasib baik saya ni memang telus,kalau nak nangis,nak merayu buat je asalkan kerja siap dan tidak membebankan.

Cerita 2-Kisah Di Tabung Haji

Pertama kali saya pergi ke Tabung Haji Shah Alam.Masa tu sangat ramai orang sampaikan kami takde tempat duduk.Kami ialah saya,Firas dan Amanda.Budak-budak lumrahnya memang bermain.Anak-anak sibuk bermain jadi saya tak kisah tak dapat tempat duduk.Sesekali saya duduk menghilangkan penat sambil mata tak lepas dari mencari kelibat anak walaupun suara anak-anak,saya dengar dengan jelas.Budak-budak....

Sampai giliran saya,saya bawa dua-dua anak ke kaunter.Amanda pula tak nak duduk di kerusi dengan saya.Dia nak sangat duduk atas meja.Dan pegawai di kaunter memarahi Adda.Saya terdiam (biasa kalau menahan marah saya terdiam).Kalau orang marah anak saya,sebenarnya lagi kuat saya marah anak saya.Apalah sangat seorang budak yang tak berapa nak berat duduk di meja kaunter.Bukannya saya akan biarkan terus.Ada cara kot rasanya nak cakap pada seorang budak untuk tak duduk atas meja kaunter tu.Lagipun ini kaunter Tabung Haji,saya rasakan pegawainya mungkin "mesra alam".

Kisah ini biasa tapi bagi saya,dengan membawa dua orang kanak-kanak riang dan telah menunggu giliran selama sejam,adakah mereka takkan "buat perangai".

Dan saya selalu tekankan Malaysia kena fikir untuk sediakan di semua tempat satu kawasan bermain untuk anak-anak.Selalunya kita nampak di klinik atau di shopping complex "children's friendly".Tapi saya nak di semua tempat.Boleh tak?

Cerita 3-Kisah Di Pejabat Pos

Cerita 1 dan Cerita 2 hanyalah antara kisah-kisah frust ibu mengandung dan mak beranak dua.Cerita ini di pejabat pos pula.Maklum sedia tahu saya peniaga online.Selepas dari beberapa peristiwa saya ambil iktibar dan kali ni saya cuba begini.Saya telah bawa set play doh anak-anak.Saya tawakal.Setelah ambil no saya bawa anak ke ruang hadapan kaunter dan suruh anak-anak buka kasut dan bersila.Selama menunggu kami main play doh sama-sama.Ada beberapa kanak-kanak lain sangat berminat untuk join sama.Saya biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama-sama sehingga sampai giliran kami.

Dan Alhamdulillah tiada officer yang menegur atau melarang.Setelah sampai giliran, saya dan anak-anak mengemas mainan dan kami buat pengeposan bersama-sama.

Anak-anak tahu rutin saya dan apa yang saya buat.Kalaulah sepanjang proses perjalanan perniagaan saya anak-anak tak happy,anak-anak mungkin takkan suka apa yang saya buat dan macammana saya nak didik dan pupuk minat anak berniaga?

Terima kasih pejabat pos kerana benarkan kami bermain seketika.

Cerita 4-Kisah Di Jakel

Saya adalah pelanggan tetap Jakel.Cuma belum bertuah untuk dapat sebuah kereta "lucky draw" dari Jakel.Saya ada juga berdoa nak dapat sebiji Viva sebab kereta yang ada ni dah uzur sangat.Apa salahnya kan,doa mana tahu makbul.Kereta saya ni dah cukup saya lenjan ke sana ke mari.

Mungkin ada yang tak merasa betapa susahnya beli pampers untuk anak-anak.Saya rasa pampers sangat mahal.Dan saya perlu proaktif untuk pastikan anak-anak tak pakai pampers awal.Ya,dan anak-anak dari awal dah pass toilet training.Selalu bila bawa Adda ke toilet ada je yang bertanya umur berapa.

Saya selalunya datang ke Jakel pagi hari.Sebab mood anak ok dan diaorang tak mengantuk.Sedang kami ronda-ronda di tingkat 2,anak-anak cakap nak pergi toilet.Saya pun bertanya kepada staff di mana toilet.Dia cakap toilet tingkat 3 (kalau tak salah,saya terlupa),tapi saya bagitau yang anak-anak dah tak tahan boleh tak nak guna toilet staff.Staff tersebut tetap mengatakan toilet di tempat lain.

Saya tak berpuas hati lalu pergi mencari toilet tersebut.Dan toilet perempuan penuh.Seorang lelaki yang prihatin dengan saya mak beranak dua yang anaknya nak pergi toilet,telah membantu saya untuk menunggu di depan pintu sementara anak-anak guna toilet.

Jadi saya terfikir,perempuan dan lelaki mana yang lebih prihatin.Saya teringat kisah Tabung Haji.Juga seorang perempuan.Kalau perempuan tak prihatin pada anak-anak,tak suka kanak-kanak (mungkin segelintir sahaja) terima kasih kepada lelaki yang prihatin.

Cerita 5-Kisah Di Kedai Membeli Emas.

Ya,kisah 5 adalah kesimpulan kisah.Sedang kami berjalan-jalan di sebuah pasaraya,saya ditahan oleh seorang promoter.Oh rupanya mereka membeli emas.Cerita awal dari promoter sangat menarik dengan bahasa yang sopan dan senyuman.Perkara pertama yang beliau buat adalah membawa anak-anak saya ke satu sudut.Sudut yang kecil tapi menarik.Cukup untuk dua orang budak bermain.Ya,permainan berbentuk membina dan fokus.Ada set lego dan teddy bear.Jadi yang abang akan tertarik dengan lego dan adik dengan anak patung.

Ok,taktik ini sangat pandai!Saya dibawa duduk di kerusi dan disajikan teh panas.Ok,dapat minum dan sekali lagi promoter memberi penerangan.Saya diberi voucher dan penerangan.Tiada unsur menjual kerana mereka yang akan membeli dari saya.

Saya sangat berpuas hati dengan cara mereka "welcome" saya masuk kedai,anak-anak yang gembira dan selamat.Hidangan percuma walaupun setakat air panas.Penerangan yang baik dan tiada closing.Mereka berjaya buat saya ingat yang mereka menawarkan servis beli emas.

Awesome.

Saya berterima kasih kalau anda dapat membuat kesimpulan dari kisah cerita ini.Kesimpulan dari saya,tak kisahla sesiapa,kita jadilah orang yang prihatin.

Lain kali saya kongsikan kesimpulannya.

-Salam Aidiladha-






Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...