Skip to main content

Dari Kisah Seorang Marhaen-Mencari Jalan Survival (2)

Salam,

Sejak kebelakangan ni saya jumpa ramai kawan-kawan yang dah bosan bekerja.Saya rasa cuak pula bila ada kawan-kawan yang nak berhenti kerja dan buat business.Cuak sebab saya dah melalui pengalaman berhenti kerja tanpa simpanan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan perbelanjaan biasa kita.

Ya,kenapa kena ada simpanan?Sebab dengan simpanan tu selama kita berhenti kerja akan menjadi dua modal,sama ada modal untuk memulakan perniagaan ataupun modal untuk cari kerja semula.

Jangan!Jangan berhenti kerja dahulu sebelum kita ada benda "steady" yang kita nak buat dan boleh buat.Kalau kita nak buat sahaja tak cukup,kita kena boleh buat.Nak buat ni impian angan-angan Mat Jenin dan Minah Jenin kita,boleh buat pula ialah kepakaran kita.

Semua orang nak berniaga.Percaya atau tidak (sukahati anda semua) untuk menempatkan diri kita dalam market dan memperkenalkan produk kita pada orang ramai memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun.Yang ini saya boleh bagi contoh diri saya sebagai testimoni.

Saya mula jual telekung kanak-kanak dari seusia anak saya Amanda El Billah.Adda lahir pada 17 Januari 2012.Selama 2 tahun ini rakan (friendlist) saya di facebook Adda El Billah seramai 955 orang (pada tarikh artikel ini) dan senarai pelanggan saya hanyalah 250++ orang sahaja.Ini adalah kerja menjual di facebook sambil-sambil (partime).

Saya belum mampu untuk berhenti kerja.Dan saya belum dapat sokongan untuk berhenti kerja.Cuba kita kira kos sara hidup.Saya hanyalah seorang marhaen,lagi pula berstatus ibu tunggal.Bekerja sebagai Admin..kerja biasa-biasa sahaja.Installment rumah,kereta dan lain-lain loan,yuran tadika dan nursery,bil-bil tnb/hp,maintenance,assessment (cukai taksiran),insurance dan sebagainya hanya basic perbelanjaan.Untuk membayar semua ini habis duit gaji saya malah negative.Untuk survive saya berniaga.Dan dengan kuasa Allah,duit makan,isi petrol dan lain-lain adalah dari duit berniaga.

Ada sesiapa lagi dalam situasi saya?Jangan susah hati.Jom saya nak cerita apa perasaan saya bila pergi perjumpaan kali pertama bersama AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia).AIM ialah satu badan yang membantu golongan miskin dari segi bantuan modal untuk perniagaan.Syaratnya anda mestilah orang susah.Jangan malu bila susah,jangan malu untuk minta bantuan.Dalam AIM,setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang peserta.

Saya datang sebagai "business woman" yang steady sangat rasanya masa tu.Saya datang dengan penampilan yang baik dan siap dengan flyers dan produk,macam nak buat sales pulak masa datang meeting.Rasa macam nak present saya dan produk saya (telekung kanak-kanak) betul-betul.

Ya,dan saya insaf; 1) Ada lebih kurang 50 orang pada masa tu dalam sebuah dewan yang sangat kecil.Kipas pun takde.Berpanas semuanya.Yang hadir adalah wanita yang berumur 40 ke 50 tahun.Saya rasa saya paling muda di situ.2)Dalam AIM semua orang kena ikrar,ada aku janji dengan menyebut nama Allah,berjanji akan membayar hutang.Alahai,teringat diri sendiri,bukan main banyak hutang bank tapi belum pernah berjanji dengan nama Allah.Mereka ini komited pada hutang.Bayaran pinjaman akan dibayar setiap minggu dan semua wajib hadir meeting ini.Bermakna seminggu sekali mereka akan berjumpa di sini.3) Dan saya terfikir,mereka ini dari ceruk kampung yang punya kebolehan,tapi wanita yang masih perlu bekerja untuk menyara keluarga dan anak yang mungkin masih belajar.Terfikir saya apa yang akan saya buat pada umur mereka.4)Semua yang datang sangat ceria,mereka bernasyid dan berzikir sementara menunggu sesi bayaran pinjaman.

Semasa kenalkan diri saya bercakap dengan lantang,dengan senyuman dan beria-ia promote telekung saya.Di akhir sesi saya telah edarkan flyers kepada semua orang.Feedback yang saya dapat pada hari itu ialah ramai yang bertanyakan sama ada saya ada kerja untuk mereka?Ya,inilah yang saya terfikir.Bila kita dah buat pinjaman,kita dah guna untuk modal perniagaan atau untuk mengembangkan perniagaan tapi mereka masih berminat untuk bekerja dengan orang lain.Mereka ialah tukang jahit.Mungkin modal yang mereka dapat dah beli mesin jahit,mereka ada kepakaran tapi takde job.Bukan mudah sebenarnya.Bila ada mesin jahit orang tak tahu pula kita seorang tukang jahit.

Seorang tukang jahit juga perlu marketkan diri mereka.Dan mereka juga perlu order yang berterusan.Lagi banyak buat lagi mereka mahir.Dan jalan keluar bagi mendapatkan mesin jahit percuma adalah melalui Program Blueprint.Di AIM saya dapat ramai kenalan yang mempunyai skill.In Shaa Allah saya akan berusaha dengan lebih gigih untuk membantu diri sendiri dan membantu mereka juga.



(Semasa Majlis Menerima Surat Tawaran)

Ramai yang perlu dibantu.Mungkin saya marhaen yang berpelajaran,masih muda dan kuat.Mereka yang saya jumpa di AIM golongan yang mempunyai skill yang perlu diketengahkan.Dan saya bersyukur kerana lebih bernasib baik.

Salam sayang.



Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...