Skip to main content

"Bila Berfikiran Negatif Adalah Baik"-kata Irfan Khairi

Salam;

Berfikiran Negatif Vs Berfikiran Positif.

Sepanjang bersama fb profile ramai kawan-kawan mengeluh bila ada di antara friendlist yang selalu buat statement makan diri,yang marah-marah tak tentu hala semua diluahkan di wall masing-masing.

Ada yang kata "wall aku,aku punya pasal" dan ada juga yang tanpa sedar meluahkan pelbagai masalah termasuklah masalah negara yang dibahaskan.

Tiba-tiba mereka ini digelar "keyboard warrior".Ya secara jujur akaun fb ni dah jadi diari kehidupan masing-masing.Tanpa sedar kita dapat selam keadaan hidup seseorang sama ada dia seorang student,seorang ibu,seorang doktor,seorang WAHM atau sesiapa sahaja kerana akaun fb masing-masing sendiri yang punya jadi sendiri punya character.

Ada juga yang merasakan update di status bukan main baik statement tapi perangai sebenar bukan pun macam tu.Ada juga yang advance,bila dah belajar "like attracts like" mulalah "unfriend" rakan yang berunsur negatif.

Husnuzon atau bersangka baik memang menjadi amalan kita.Saya sendiri kadang-kadang tak suka berkongsi dengan mereka yang selalu berfikiran negatif.Hakikatnya saya belajar kerana fikiran negatif inilah saya telah berjaya untuk tidak menjual rumah saya.

Berfikiran negatif dapat mengelakkan kita daripada berlaku sesuatu.Sebagai usahawan fikiran negatif ini akan mebantu kita berfikir secara kritikal dan ini akan membantu kita menigkatkan kadar permintaan terhadap produk kita.

Ada pembangkang mesti ada pencadang.Barulah seimbang.

Jom ubah.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...