Skip to main content

She Is Amanda El Billah

Nama pada mama ialah sesuatu yang unik.Sejarah nama mama dulu pun mama nak korek macammana nama Roslinda boleh muncul.Ikutkan nama mama mungkin akan jadi Rosmawati idea daripada Mak Teh dan Roslinda juga idea Mak Teh.Keluarga kami besar jadi kakak dah boleh beri nama pada adik.

Masuk sekolah rendah mama suka melukis gambar princess dengan baju princess yang kononnya cantik di mata mama.Siap je lukisan mama akan bagi nama yang cantik-cantik.Mesti ada banyak nama macam Sharifah Liyana Jasmin ke..Haha asal nama bukan stand alone.Kenapa ya?Mama pun tak tahu.It just naluri seorang budak perempuan. 

Nama panggilan Ros,Linda,Inda,Nda.Okeylah tu.Bila dapat cahayamata yang kedua perempuan pulak tu lagilah excited dah standby banyak nama.Nama pertama yang terlintas ialah 'Tihani'.Alahai femininnya nama tu,rasa sedap je nak panggil Hani.Memandangkan anak pertama ada sambungan nama 'Firas Ar Razin' mestilah mama nak anak kedua ada sinonimnya. 

Tiba-tiba je papa muncul dengan nama Amanda.Alamak takde maksud nama ni.Papa cakap dia suka nama El Dhia Billah.Tapi mama of course tak setuju sebab itu nama anak kawan papa.Oh tak nak sama nama dengan orang lain.Banyak lagi nama boleh pilih.Hurmm at the end i was thinking nama Amanda ni dah lama takde,takpe lah takde maksud sama macam nama mama 'Roslinda' memang takde maksud.

Kalau dah Firas Ar Razin,Amanda jadi apa?Terus senang je papa sambung 'Amanda El Billah'.Maklumlah papanya dulu ada belajar Bahasa Arab.Mama ikutkan je.Adik,for me your name is very unique.

                                              

Dan keluar lagi sorang anak muka Cina.Opss yelah Jawa + Banjar.Cuma gugurl ni tak sedobot abang.Tapi cutenya yang tak tahan sangat.Suka puji dia cantik.Maklumlah anak perempuan kena puji cantik selalu. Teringat panggilan dari abang Yash,spontan je..'Dadda'..Comelnya dia panggil adik dia Dadda..dan sekarang kami panggil dia 'Adda' She is Amanda El Billah.Always Adda. Adda for me.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...