Salam,
Syukur Alhamdulillah.Saat bahagia dalam hidup dalam fasa perkahwinan ialah mendapat khabar berita that i will be a mom.Senyum lebar,excited sangat bila buat pregnancy test.Perubahan pertama sebelum dapat tahu berita gembira ni ialah mama jadi kuat makan.Selera bukan main,masa tu papa Firas pun tegur mama mengandung ke.Sebab dia yang rasa pening kepala dan nak muntah di saat mama pulak asyik nak makan bertambah.
Ini la anak mama yang pertama Firas Ar Razin.Pilihan nama dari mama dan disambung oleh papa Firas.Firas maksudnya yang cerdik,Razin maksudnya berakhlak.Anak lelaki memang 'boyfriend' mama.Maklumlah bila papa takde dialah pengganti segala-galanya.Firas sangat 'dobot' masa baby dulu.Mendukung Firas kadang-kadang mama rasa nak nangis.Sakitnya lengan mama sebab Firas yang montok sangat.
Yang sangat best bila bawa Firas jalan-jalan,ramai yang menegur Firas serupa 'anak Cina' dan ramai juga yang tanya 'anak ke?'.Ketawa besar mama sebab mama ni dah la kurus,gelap pulak.Dapat anak yang putih gebu memang la orang tanya.Inilah hasil perkahwinan darah Jawa dan Banjar.Mama keturunan Jawa,papa pula orang Banjar.Dapatla anak ala-ala Cina,Jepun,Korea.Syukur sebab Firas terus sihat,cerdas dan cergas.
Pada fasa perkahwinan yang pertama mama hanya mimpikan hidup sederhana dengan keluarga kecil kita.Hidup biasa-biasa sahaja.Pergi dan balik kerja,ambik Firas dan jaga Firas.Itu je yang mama nak buat.Naluri seorang ibu yang biasa.Semua sekadar yang ada.Hidup sederhana,cukup makan pakai dan ada tempat tinggal.
Tapi hakikatnya mama salah berada di 'comfort zone' terlalu awal pada usia yang mama rasa sudah terlewat.Sepatutnya mama jadikan Firas sebagai kekuatan untuk masa depan.Bukan untuk terus duduk diam di zon selesa.
Now i find my strength and it is always because of you my Firas Ar Razin.
You are my anchor.
-mama-
Comments