Skip to main content

Posts

CARA ORDER TUDUNG SEKOLAH

Ikuti langkah mudah berikut untuk menempah tudung sekolah anak anda. Order melalui Website :- 1) Tekan link ini : http://bit.ly/ordertudungsekolah 2) Ikuti Langkah seterusnya di Website bagi membuat pembelian. Order melalui WHATSAPP :- 1) WA ke nombor 011-2897 0502 pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Order melalui Blog :- 1) Isikan maklumat di bahagian 'ORDER FORM' yang disediakan di bahagian kanan blog. 2) Sertakan resit pembayaran dan order akan diproses dan dihantar dalam masa 48 jam.

Kelas Jahitan PERCUMA untuk Ibu Tunggal dan Asnaf

Jumaat  12hb Ogos 2016. Team Telekung Wakaf Sahabatku akan menganjurkan Kelas Jahitan Telekung Kanak-Kanak untuk Ibu Tunggal di Kolej Komuniti Klang pada 14hb Ogos ,hari Ahad khas untuk peserta dari latarbelakang ibu tunggal dan tidak berkemampuan. Tujuan Kelas ini diadakan adalah :- 1) Untuk memberi dan mengasah bakat peserta dalam jahitan telekung kanak-kanak. 2) Perkongsian tentang bagaimana permintaan pelanggan dalam bidang telekung kanak-kanak dan dewasa. 3) Maklumat terkini industri telekung tanahair. 4) Memberi galakan untuk terus berdikari dan menjadikan bidang servis jahitan sebagai punca pendapatan. 5) Membina personaliti dan personal branding sebagai tukang jahit berkemahiran tinggi. 6) Memahami kepentingan rekod akaun dan pengurusan. 7) Untuk menambah nilai kemahiran sedia ada dalam bidang jahitan. 8) Memahami keperluan industri. 9) Menambah keyakinan diri. 10) Menambah 'networking' di antara tukang jahit dan usahawan bidang pakaian...

Kami Sayang Harraz;Harraz Sedang Melawan Kesakitan

Muhammad Harraz Naufal Bin Muhammad Rozaimi         "Baby....baby kuat ya...mesti kuat ....mama mesti nak tengok baby membesar,sihat,main dengan kawan-kawan...baby kena kuat tau..." Kalau Auntie jumpa adik mesti Auntie akan  cakap macam tu.Adik Harraz mesti kuat,lawan sakit yang datang.Tapi adik Harraz terlalu kecil,baru berusia 49 hari,hari ni Jumaat 15-Julai-2016. Harraz tahu tak,Auntie ada juga anak.Auntie rindu nak pegang baby macam Harraz.Masa anak Auntie kecil macam Harraz sekarang,comel macam Harraz,dah boleh meniarap,dah boleh senyum,dah kenal bau mama dia. Mama Harraz mesti nak pangku Harraz sama macam Auntie dulu.Bila Harraz menangis,mama Harraz mesti nak peluk dan pujuk Harraz. Tapi Allah beri ujian.Ujian untuk mama dan abah Harraz.Allah sayang pada hamba yang diujiNya.Allah nak mama dan abah jadi orang yang sabar. Harraz,kami akan sentiasa doakan kesihatan Harraz.Kami akan cuba bantu Harraz.Semoga Harraz cepat sembuh . W...

Hanya 6 Bahan dan 6 Langkah Mudah buat Resepi Aiskrim Oreo McFlurry McD untuk Anak Anda.

Bahan-bahan : 1-      Satu pek biskut oreo 2-      Satu sudu besar ovalett 3-      Satu tin susu cair 4-      3-4 Sudu besar susu pekat manis 5-      Satu sudu besar perisa Vanila 6-      Satu Biji Telur Cara-cara : 1-      Asingkan biskut oreo dengan isi lapisan tengah putih vanilla antara biskut. 2-      Masukan lapisan vanilla biskut oreo tadi,susu cair, susu pekat, ovalet, telur, vanilla dan air suam separuh tin susu tadi di dalam blender. Kalau tak nak blend pun boleh kacau pakai tangan kalau larat. Penulis tak ada mixer. 3-      Blend sehingga berbuih lebih kurang 5 - 7 minit sahaja. 4-      Pecahkan biskut. Asingkan kepada tiga. Satu untuk dicampur bersama bahan blend tadi. Dua untuk dimasukan setelah tuang ke ...

Beza orang laki dengan perempuan sebelum dan selepas kahwin

Orang laki dgn perempuan lepas kahwin berbeza langit dengan bumi.  Yang laki masih lepak sampai satu pagi, yang bini hidup dengan dunia anak sendiri.  Itu belum pandangan mata hati. Yang laki bila tengok perempuan seksi katanya rezeki.  Yang bini ni bila bayar tol yang jaganya lelaki hulur duit toleh kiri.tak nak orang pandang dia lama-lama lagi.  Nak lintas jalan pun tunduk tengok kaki, takut mat motor toleh sampai kebelakang lagi. Faham ini memang naluri seorang lelaki. kalau tak pandang dicop gay nanti.  Bertabah lah wahai hati sang isteri. syurga kita di bawah tapak kaki suami.  Teruskan menjaga pergaulan antara kamu dengan lelaki.   Sesungguhnya kamu tidak pernah bersendiri malaikat sentiasa menemani. Ada ganjaran yg sedia menanti.Bukan di sini tetapi di syurga yang kekal abadi. Salam Ramadhan Al Mubarak" Untuk pembelian di talian sila hubungi  019-2121540  /  018-208 1746 (Puan Linda)...

Tips Bawa Anak Kecil / Baby Tengok Wayang

Salam. Hari ini penulis nak berkongsi tip bawa anak kecil masuk panggung wayang. Penulis pernah cuba dua kali setakat ini alhamdulilah Berjaya melepasi halangan ini. Hihihi. Kalau tak silap penulis kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma dan tak perlu beli tiket. Dah jimat disitu. Yelah mereka pun kecil lagi belum nak faham tengok wayang semua ini. 1-Waktu dan masa tayangan. Pilih waktu malam. Seeloknya midnight movie pukul 11 malam keatas. Kerana majority baby ketika ini telah penat dan akan tertidur. Ditambah lagi dengan keadaan dalam itu gelap jadi peratus untuk anak-anak anda untuk mengantuk adalah sangat tinggi. 2-Sweater / Jaket Bawalah jaket / sweater dan selimut untuk anak-anak. Dalam memang dah sejuk, tambah lagi waktu malam lagi la sejuk. Badan orang dewasa seperti kita tak sama ya dengan kanak-kanak. Lebih-lebih  lagi baby. Selimut itu bukan hanya untuk tutup badan tapi sebenarnya lapik jika anak anda bosan dan mahu baring di bawah seperti anak ...

Shopping Raya-Jualan Gudang Kasut dan Baju hanya dari RM 2.99 sahaja??

Salam semua. Di minggu-minggu akhir kita berpuasa ini sudah tentu sibuk dengan persediaan untuk raya bukan? Penulis juga merasakan yang sama. Lebih lagi bila dah berkeluarga. Kalau boleh semua nak pakai sedondon. Huhu. Penulis pun begitu. Seronok sebenarnya melayan karenah anak kecil ini. Macam-macam gelagat kita boleh lihat. Selagi mereka masih ada, hargailah masa yang terluang.Kerana anak-anak ini kecil hanya sekali, selepas besar dah tak akan kecil lagi. Hihihi. Malah penulis pun rasa ralat, kenapa lah anak begitu cepat membesar, belum puas lagi cium bau baby yang orang kata bau dari syurga. Sebenarnya penulis nak share satu lokasi jualan gudang bagi pembaca yang berada di sekitar Shah Alam dan Klang.  Update: Address Fan Feng Sdn Bhd.No .15 Jalan Sungai Jeluh,  32/191, Seksyen 32, 40460, Shah Alam Selangor. Ia terletak di deretan bagunan kilang di Jalan Kebun Shah Alam. Bangunan ini terletak di sebelah kiri sebelum flyover ke jalan kebun. Sebelum A...