Skip to main content

Posts

Telekung Cotton Smocking Dewasa Dan Kanak-Kanak

( TELEKUNG SMOCKING DEWASA & KANAK-KANAK ) Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (aj arlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”. Adda Wardrobe TelekungKidz-'Inspirasi Muslimah Cilik'-KEPAKARAN KAMI IALAH MENYEDIAKAN PILIHAN UNTUK IBU DAN ANAK BAGI MENDAPATKAN TELEKUNG YANG SANGAT SELESA DARI SEGI MATERIAL KAIN DAN SAIZ. Telekung putih dari kain cotton  yang lebih dikenali dengan nama "Telekung Smocking" putih.Smocking adalah kemasan kepala mengikut saiz ukurlilit kepala.Diperbuat daripada material cotton dan dijahit oleh tukang jahit tempatan.100% made in Malaysia. Anda hanya perlu nyatakan umur anak dan harga adalah seperti berikut : Kanak-kanak :- (2-4 tahun) -RM45 (5-6 tahun) -RM55 (7-9 tahun) -RM60 (9-12 tahun) -RM60 Dewasa :- RM65 sepasang P...

Kids Apparel-Aora Fesyen,Klang City Square

Blouse Chiffon (2-6 years)  Salam ; Khusus untuk warga Klang.Dapatkan Adda Kids Apparel dari Adda Wardrobe di Aora Fesyen,Ground Floor,Klang City Square,Klang.Pelbagai jubah dan dress kanak-kanak dari material lycra pada harga berpatutan. Hubungi Ms.Linda : 019-2121 540 Terima Kasih. Dress Ribbon (2-6 years) Dress Top Printed (2-6 years) Dress Black Lace (2-6 years) Dress Black Lace (2-6 years) Jubah Printed Lycra (2-6 years) Jubah Bunga Sulam (2-6 years) Jubah Bunga Sulam (2-6 years)

#telekungwakaf -Infak Telekung Untuk KiTA

Assalamualaikum, Saya,dengan rendah hati menjemput individu (friendlist fb dan followers) yang ingin membuat sumbangan telekung putih cotton smocking kanak-kanak kepada 75 orang anak-anak kepada ibu tunggal dari : PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL AN-NUR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KiTA) KiTA adalah sebuah NGO dan dipengerusikan oleh Puan Sarah Hashim. Telekung yang terkumpul akan disampaikan "by hand" kepada pertubuhan. Berikut adalah bilangan anak-anak mengikut umur : 4 tahun - seorang 5 tahun - seorang 6 tahun - 2 orang 7 tahun - 2 orang 8 tahun - 4 orang 9 tahun - 7 orang 10 tahun - 6 orang 11 tahun - 9 orang 12 tahun - 2 orang 13 tahun - 7 orang 14 tahun - 7 orang 15 tahun - 5 orang 16 tahun - 9 orang 17 tahun - 10 orang 18 tahun - 2 orang 19 tahun - seorang Terima Kasih atas sokongan. Sila hubungi saya : Whatsapp : 019-2121 540 Email : roslinda.arifin@gmail.com Email : arrazinonlinesouq@gmail.com Adda Wardrobe Admin ...

Atasi Anak Cerewet Makan Dengan Dekorasi Menarik

Anak anda cerewet makan?Tak suka makan sayur dan buah? Jom lihat beberapa dekorasi menarik. SELAMAT MENCUBA!! **Sumber Gambar : Internet

Panduan Didik Anak jadi Bijak

Salam, Masih ingat zaman kanak-kanak kita dulu di kampung?Paling saya ingat ialah semasa mengorek tanah di bawah rumah (rumah kampung dulu bertiang jadi ada 'bawah rumah'). Dulu kita tak guna plastisin atau 'doh',kita korek je tanah bawah rumah yang lembik dan sejuk,uli jadikan apa sahaja yang kita suka.Uli dan bentuk jadi ',doughnut',lesung batu,pinggan dan macam-macam lagi.Lepas tu jemur di bawah panas matahari.Seronok sangat. Kepentingan BERMAIN bagi seorang kanak-kanak :- Ada banyak cara mendidik anak supaya menjadi insan berguna dunia dan akhirat.Pendidikan agama sejak kecil adalah faktor penting ke arah itu. Selain itu,Islam memberi panduan berguna kepada ibu bapa bagi membentuk anak yang mempunyai kecerdasan dan kecergasan ketika dewasa kelak. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud :”Kegemaran,permainan dan kelincahan gerak seorang anak pada waktu kecil akan mempertajamkan pemikirannya ketika dewasa” (Hadis Riwayat At-Tirmizi...

Dilema Ibu : Adakah Anak Anda Perlu Supplemen Kesihatan Tambahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Adakah anak anda seorang yang cerewet makan,tidak mempunyai selera makan atau kurang makan.Ini adalah di antara dilema seorang ibu yang lazimnya dihadapi oleh para ibu yang baru mempunyai seorang atau dua anak. Para ibu masa kini telah banyak didedahkan dengan ilmu pemakanan yang baik dan seimbang bermula dari trimester pertama bagi menjaga kesihatan diri dan bayi yang dikandung.Apabila anak mencecah usia setahun dan telah mula cerewet makan,pelbagai usaha dilakukan oleh para ibu untuk mengembalikan selera makan anak-anak termasuklah pengambilan supplemen kesihatan. Mari kita baca petikan artikel dari : Dr.Tee E Siong,Presiden Pemakanan Malaysia. Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Supplemen Kesihatan Tambahan Memastikan anak anda makan secara sihat adalah penting kerana dia akan mendapatkan semua nutrient yang diperlukan melalui diet yang seimbang,sederhana dan pelbagai.Secara ringkasnya,anak anda tidak memerlukan supplemen kesihatan jika dia ...

Penjagaan Oral Untuk Kanak-Kanak

Salam, Jom saya kongsikan artikel ini untuk bacaan para ibu bapa.Semoga bermanfaat. Penjagaan Oral Untuk Kanak-Kanak Kebersihan mulut adalah satu komponen asas kesihatan pergigian sepanjang hayat anak anda.Kebersihan oral yang tidak baik boleh menyebabkan anak anda mengalami jangkitan,kesakitan dan ketidakselesaan,kesukaran makan dan masalah pertuturan.Anda boleh memainkan peranan utama dalam memupuk rutin penjagaan pergigian yang baik dalam  tahun-tahun awal kehidupan anak anda untuk mengelakkan masalah kesihatan oral. Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anak anda? Bagi bayi anda,anda boleh mengelap gusinya secara perlahan dengan kain lembut atau kain kasa dan air walaupun sebelum gigi pertamanya tumbuh,lapkannya dengan kain basah yang kecil untuk mengeluarkan sisa makanan.Pada masa anak anda mempunyai gigi tambahan,anda boleh membantu memberus giginya dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang lembut dan air. Adalah tidak dinasiha...