Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Jalan-Jalan Cari Makan-Jom Makan Popiah

Hujung minggu ni biasanya bawa keluarga berjalan sambil jalan kita cari makan.Topik jalan-jalan cari makan ni memang favorite.Dalam ekonomi yang lembap sekarang pun bab makan kita sendiri dah ada budget untuk family sesekali makan di luar. Pilihan makanan yang ada pula sangatlah banyak.Antara tempat yang dikunjungi ramai ialah Giant Sek.13,Shah Alam.Di food court Giant Sek 13 ini terkenal dengan makanan foodcourt yang sedap antaranya mee sizling dan nasi ayam.Memang menjadi favorite keluarga yang datang ke sini. Di kiosk-kiosk di hadapan foodcourt pula ada banyak pilihan makanan ringan yang boleh kita 'tapau' bawa balik juga.Antaranya bihun sup,nasi dagang,muffin,aneka kuih tradisional dan nasi tomato. Tapi yang paling istimewa semestinya popiah basah dan popiah goreng dari House Of Popiah.Kenapa saya claim popiah ni sangat istimewa?Ramai yang sanggup beratur dan singgah di Giant Sek 13 ini hanya untuk tapau 'popiah basah' dan 'popiah goreng'.Ka...

Koleksi Sejadah Kanak-Kanak

 

Telekung Wakaf

Assalamualaikum w.b.t Idea asal penubuhan Team 3 Sahabat Telekungku yang terdiri dari 3 usahawan telekung (TelekungKidz,TelekungNajwa dan Telekung Ilmi) bermula apabila sahabat Yusniza Yusof dari TelekungNajwa menyuarakan hasrat bahawa kami boleh berganding bahu membuat projek wakaf bersama. Kebetulan beliau sedang mengumpulkan 30 pasang telekung untuk program Qaseh Suci Ramadhan 2015 yang dianjurkan oleh Usrah Suci dengan kerjasama JAKIM,PPZ,BAITULMAL & MASJID ASY_SYAKIRIN pada bulan Ramadhan yang lalu. Kami dipertemukan di sebuah majlis Telekung Fest pada 12-14 Mac 2015 di Busana MARA,Kuala Lumpur anjuran PASARNITA.Saya sendiri telah mengenali TelekungNajwa sejak 2012.Di Telekung Fest kami menambah kenalan bersama usahawan telekung yang lain.Semua rata-rata telah lama di dalam industri telekung termasuklah Telekung Ilmi. Dengan kerjasama tiga sahabat telekung ini,kami berharap dapat terus menjadi penggerak kepada telekung wakaf di Malaysia. Untuk p...

Part I-Jenis Jenis Dana Pendidikan -Membeli Hartanah atau Rumah

Saya terpanggil untuk berkongsi coretan ini kerana kawsan tempat tinggal saya dipenuhi orang-orang pencen dari pesara kerajaan dan sebagainya.Bila kenal jiran-jiran tetangga,salah satu perkara yang terpahat di kepala saya ialah bila dapat tahu menjadi satu tradisi ibu-bapa beli rumah untuk setiap seorang anak. Saya bukan bercakap dari sudut orang yang mampu sama ada bekerja keras atau berniaga tetapi dari sudut "awareness".Di sini terdapat banyak pro's & con's iaitu dari segi -goal atau matlamat dan jangkamasa. Dalam pelbagai jenis simpanan yang ada kini seperti akaun simpanan di bank,Tabung Haji dan ASB misalnya masing-masing mempunyai matlamat dan kecairan yang berbeza.Juga pelan seperti insurans dan takaful mempunyai manfaat tertentu dalam jangkamasa tertentu. Dua kaedah yang saya nak kongsi di sini adalah melalui :- 1) Membeli Hartanah atau Rumah 2) Melabur Dalam Unit Amanah Kaedah Pertama. Hartanah (property)  secara tradisi meru...

Mahalnya Educational Toys...

Bermain adalah proses tumbesaran dan pembelajaran anak-anak.Kita sebagai ibu bapa terutamanya ibu bapa Gen Y melalui proses bermain sambil belajar ini semasa zaman kanak-kanak kita dengan gembira.Masih ingat lagi permainan zaman kita dulu? Mesti ibu bapa sekarang ingat antara permainan ini kan.. "Baling selipar"  Permainan baling selipar hanya memerlukan selipar dan disusun.Kita ambil giliran baling selipar,kalau kita dapat jatuhkan selipar,bertebaran semua kawan-kawan lari menyelamatkan diri kerana kita pula yang akan baling mereka dengan selipar. Sebenarnya kena baling dengan selipar tidak menimbulkan rasa sakit kecuali kawan-kawan mahu ambil kesempatan untuk betul-betul kenakan kita kan? Apa yang kita fikirkan semasa lari hanyalah untuk menyelamatkan diri dan menyempurnakan misi menyusun semula kasut yang jatuh demi sebuah kemenangan.Tiada hadiah pun tapi satu kepuasan kalau menang kan. "Tepuk Daun Terup" Bagaimana pula yang ...