Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Selamat Hari Lahir Firas Ar Razin

22 September 2014 : 3.55 pm. Assalamualaikum, Hai sayang mama Firas Ar Razin,selalu mama cakap Firas anak mama yang pertama,anak sulong mama.Saat paling bahagia dalam hidup mama bila dapat tahu Firas dah ada dalam perut mama.Malam tu mama pergi farmasi beli pregnancy test.Tak sabar rasanya nak tahu result.Finally its you in my womb.Keceriaan bertukar sedih bila mama terkena jangkitan kuman.Bermula dari mc,mama berhenti kerja dan mama muntah kuning,hijau selama 5 bulan.hilang segala nikmat makan.Yang ada hanya kepala yang berat dan pening dan rasa nak makan.Tapi asal makan je muntah.Dan mujurlah mama hanya mengidam 'pisang berangan'. Pengalaman mengandung yang lebih kurang serupa dengan ibu-ibu yang lain.Cukup 5 bulan,terasa Firas dalam perut.Rasa ada yang berdenyut kuat dalam perut.Macam letupan kecil.Haha mama rasa bahagia sangat.Dan itulah teman mama sepanjang 9 bulan.Mama gemuk,berat,kuat makan,muka sembab,bulat,panas (mandi nak dekat 10 kali setiap hari). ...

Sejadah Untuk Anak Kita

Salam, Bermula dari jual telekung untuk kanak-kanak saya juga mula jual sejadah.Tak lengkap kan rasanya bila ada telekung tapi takde sejadah.Sejadah yang cantik ni siap ada nama lagi bagi yang bertuah.Di bawah setiap gambar saya salin semula kod untuk memudahkan urusan pembelian. Cara pembelian :- 1) Isi 'Order Form' yang ada di bahagian bawah blog ni. 2) Terus buat payment. 3) Click 'SUBMIT' setelah isikan semua details dan pembayaran dibuat. 4) Penghantaran adalah 48 jam selepas terima 'Order' anda. Code : ASB 04 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : MPG 05 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) (Limited design : HANA) Code : CB 03 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : PCG 02 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : FBB-01 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung...

CINTA HATI MAMA

Salam, Syahdu pula rasa malam tadi bila meluahkan impian pada orang yang mama sayang.Ya cubalah,cuba bagitau impian dan cita-cita kita pada orang yang paling rapat dengan kita.Mak,ayah,suami,anak-anak,sahabat,adik-beradik atau sesiapa sahaja. Bila kita berangan setakat di dalam kepala je,bila kita tulis kita nampak apa yang kita tulis tapi kalau kita ceritakan pada seseorang rasanya lebih terkesan di hati. Cinta hati mama semua yang ada bersama mama dari dulu hingga kini. Dua orang buah hati ni semestinya.Gambar ni pada orang lain mungkin anak yang main handbag mama dia tapi pada mama ialah 'my passion' dan juga 'my work'.Satu handbag pergi function dan satu lagi bag pergi appointment jumpa customer.Mama buat banyak kerja dalam satu masa. Just because of CINTA HATI MAMA.

She Is Amanda El Billah

Nama pada mama ialah sesuatu yang unik.Sejarah nama mama dulu pun mama nak korek macammana nama Roslinda boleh muncul.Ikutkan nama mama mungkin akan jadi Rosmawati idea daripada Mak Teh dan Roslinda juga idea Mak Teh.Keluarga kami besar jadi kakak dah boleh beri nama pada adik. Masuk sekolah rendah mama suka melukis gambar princess dengan baju princess yang kononnya cantik di mata mama.Siap je lukisan mama akan bagi nama yang cantik-cantik.Mesti ada banyak nama macam Sharifah Liyana Jasmin ke..Haha asal nama bukan stand alone.Kenapa ya?Mama pun tak tahu.It just naluri seorang budak perempuan.  Nama panggilan Ros,Linda,Inda,Nda.Okeylah tu.Bila dapat cahayamata yang kedua perempuan pulak tu lagilah excited dah standby banyak nama.Nama pertama yang terlintas ialah 'Tihani'.Alahai femininnya nama tu,rasa sedap je nak panggil Hani.Memandangkan anak pertama ada sambungan nama 'Firas Ar Razin' mestilah mama nak anak kedua ada sinonimnya.  Tiba-tiba je papa muncul ...

Mama Sayang Firas (Find Your Anchor)

Salam, Syukur Alhamdulillah.Saat bahagia dalam hidup dalam fasa perkahwinan ialah mendapat khabar berita that i will be a mom.Senyum lebar,excited sangat bila buat pregnancy test.Perubahan pertama sebelum dapat tahu berita gembira ni ialah mama jadi kuat makan.Selera bukan main,masa tu papa Firas pun tegur mama mengandung ke.Sebab dia yang rasa pening kepala dan nak muntah di saat mama pulak asyik nak makan bertambah. Ini la anak mama yang pertama Firas Ar Razin.Pilihan nama dari mama dan disambung oleh papa Firas.Firas maksudnya yang cerdik,Razin maksudnya berakhlak.Anak lelaki memang 'boyfriend' mama.Maklumlah bila papa takde dialah pengganti segala-galanya.Firas sangat 'dobot' masa baby dulu.Mendukung Firas kadang-kadang mama rasa nak nangis.Sakitnya lengan mama sebab Firas yang montok sangat. Yang sangat best bila bawa Firas jalan-jalan,ramai yang menegur Firas serupa 'anak Cina' dan ramai juga yang tanya 'anak ke?'.Ketawa besar ma...