Skip to main content

Posts

Telekung Ajraa -Pink Polkadot Menawan

Salam, Alhamdulillah.Saya bersemangat hari ini berkongsi satu lagi keluaran telekung kanak-kanak daripada seorang sahabat.Beliau merupakan WAHM yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan online. Telekung Ajraa adalah produk telekung kanak-kanak pertama beliau.Diperbuat dari kain cotton yang sejuk dan lembut dengan warna soft pink menawan. Boleh dapatkan Telekung Ajraa di : No.12,Jalan 5E/5,Seksyen 5 Tambahan 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Whatsapp : 013-9292219 telekungajraa.shoppy.my/ #telekungajraa (Telekung Ajraa) (Testimoni) (Testimoni) (Testimoni-comel kan ?)

Telekung Cotton Smocking Plain

Adda Wardrobe -TelekungKidz Tailoring House

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Adda Wardrobe -TelekungKidz Tailoring House ingin bersama menyumbang kepada komuniti setempat.Kami bekerjasama dengan beberapa kumpulan perseorangan dan NGO bagi menjayakan beberapa program kemasyarakatan khusus bagi membantu mereka yang memerlukan seperti golongan ibu tunggal dan asnaf. Golongan ini diberi peluang untuk menghadiri kelas menjahit secara PERCUMA.Kami menyeru kepada semua,bagi menjayakan program ini supaya berterusan dan seterusnya dapat kita sama-sama membantu masyarakat setempat,marilah sama-sama menyumbang tenaga dan sedekah dalam bentuk berikut :- 1) Kelengkapan alat jahitan - Sewing Kit 2) Kain pasang bagi tujuan kelas jahitan asas  3) Sumbangan duit bagi keperluan kelas 4) Tenaga Pengajar Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian :- Roslinda Arifin WA : 019-2121 540 No.3,Gerai Masjid Kampung Kuantan 41300 Klang Selangor Darul Ehsan (berhadapan Masjid kg Kuantan) ...

ApronKidz dan Beg Telekung

14 Oktober 2015 1 Muharam 1437 H Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah. Kami warga Adda Wardrobe mendoakan semoga kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sempena Maal Hijrah,kami berbesar hati mengeratkan silaturrahim bersama rakanniaga,sahabat,keluarga dan pelanggan yang tak jemu-jemu menyokong perjalanan perniagaan kami. Kami dipertemukan di majlis pembukaan kedai jahit Adda Wardrobe-Tailoring House dan Adda Wardrobe Studio.Di butik comel kami yang menawan ramai hati pelanggan,kami menyediakan pelbagai barangan dan pakaian kanak-kanak khususnya telekung,sejadah dan tudung. Di samping itu juga kami sedia menerima tempahan seperti beg telekung dan apron kanak-kanak.Anda boleh menjadi rakanniaga kami sekarang. Semoga urusan kita dipermudahkan di tahun yang penuh mencabar ini. Salam sayang, Roslinda Arifin 019-2121 540 Founder :TelekungKidz-Inspirasi Muslimah Cilik

TelekungKidz Tailoring House-Menerima Tempahan Jahit Pukal

Assalamualaikum. Berita baik bagi anda yang ingin berniaga atau memulakan business online anda yang pertama.Kami di Adda Wardrobe -TelekungKidz menawarkan perkhidmatan jahit pukal khusus untuk telekung kanak-kanak. Anda boleh memiliki design telekung kanak-kanak anda sendiri.Semuanya eksklusif.Set telekung kanak-kanak seperti telekung,sejadah dan beg boleh dimiliki dengan harga borong yang berpatutan dan upah jahit yang berbaloi. Kami mempunyai team tailor kami yang berpengalaman dan mempunyai pengkhususan dalam bidang masing-masing. Bagaimana caranya untuk anda memiliki 'brand' telekung kanak-kanak anda sendiri? 1) Hubungi saya : 019-2121 540 (Pn.Roslinda) 2) Anda boleh bagi contoh design atau kami design untuk anda. 3) Nyatakan material kain yang anda ingin gunakan sama ada cotton,jersey atau lycra 4) Deposit 50% untuk kerja-kerja jahit dimulakan. 5) Tempoh siap mengikut kuantiti pasang telekung.Minimum 30 pasang siap dalam masa kurang 10...

Tudung Sekolah Lycra -Soft Awning Putih Nila,Biru,Pink

Assalamualaikum, Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan rakan niaga yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang pembabitan saya dalam industri pakaian kanak-kanak. (Size SS / S / M) Bermula dengan telekung kanak-kanak saya menambahbaik produk sedia ada sehinggalah terpanggil untuk menjual tudung sekolah.Tudung sekolah zaman kita dulu ada yang selapis,ada yang dua lapis.Ada yang diperbuat dari material kain yang nipis dan jarang,ada juga yang sejuk dan selesa.Bermula dengan penggunaan kain lycra dalam menghasilkan telekung,kini tudung sekolah juga dihasilkan dari material yang sama.Lycra mempunyai gred tertentu dan warna putih yang pelbagai seperti putih nila dan putih mutiara. (Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size S RM16.50 ) Kami memilih warna putih nila sebagai pilihan utama untuk menghasilkan tudung sekolah pada hari ini.Bagi membantu ibu-ibu yang sibuk bekerja,tudung sekolah semestiny...

Tip Melatih Anak Berpuasa

Salam, Ramadhan hampir ke hujungnya.Namun masih tidak terlambat untuk kita semak 'checklist' Ramadhan bersama anak-anak.Semoga bermanfaat :- Tip Melatih Anak Berpuasa ------------------------------------- Tunjukkan rasa bahagia kita apabila tiba bulan Ramadhan Sediakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan melalui perbincangan keluarga.Beri peluang kepada anak-anak bagi memberi cadangan.Hargai cadangan mereka dengan pujian dan doa.Anak-anak akan berasa lebih terikat dengan cadangan mereka sendiri. Baca Al-Quran selepas menunaikan solat.Supaya lebih menyeronokkan,baca secara bergilir-gilir.Tunjukkan kebahagiaan kita apabila mendengar bacaan anak-anak. Ajar anak-anak bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan.Contohnya,berbuka puasa secara sederhana. Sediakan tabung Ramadhan dan isi pada setiap hari untuk disedekahkan kepada fakir miskin pada akhir bulan Ramadhan. Solat berjemaah di masjid sekerap mungkin.Penuhkan masa dengan...