Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Kedai Warisan Turun Temurun Gulam Rasul Teluk Intan

Assalamualaikum, Waaaahhh...ini bahagian paling menyeronokkan bila nak kongsi bab makan.Haaa...Teluk Intan sebenarnya terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk 'makan'. Ya,ada laksa Perak..yang ini special sebab laksa Perak mesti ada 'otak udang'.Otak udang ini sebenarnya perasa tambahan.Hanya letakkan sesudu kecil sahaja sebagai pelengkap.Enak dimakan dengan ABC. Di Teluk Intan juga ada kuih 'Putu Perak'.Yang ini orang Perak sahaja kebanyakannya yang tahu bagaimana menyediakan putu Perak.Kuih Putu Perak ini sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Jika kita ke bandar Teluk Intan,antara juadah yang wajib dibawa pulang ialah apam balik,popiah basah dan mi rebus. Port menarik untuk makan bersama keluarga pula antaranya ialah Restoran M.Gulam Rasul. (Suasana di dalam restoran Gulam Rasul) Haaa...apa yang menariknya di Gulam Rasul.Gulam Rasul adalah pengasas restoran ini sejak 1960an.Beliau telah mewariskan perniagaan ini ...

Jejak Teluk Intan

Episod perjalanan penuh harapan. Perjalanan dari Klang dengan kereta ke Jalan Misdi menemukan kami dengan rumah Puan Hamidah berpandukan drop pin yang telah diberikan oleh Project Manager kami.Rumah Puan Hamidah terletak di persimpangan masuk Jalan Misdi menghala ke tapak projek Taman Lagenda Teluk Intan. (Singgah sebentar bertanyakan jalan ke tapak projek) (Anak Puan Hamidah-Abang Li yang membantu kami pergi ke tapak projek)

Perjalanan Penuh Harapan

Assalamualaikum, Pagi 1hb Mei lalu,Hari Pekerja kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi bermula dari stesen Komuter Klang. Sempat juga kami ambil breakfast dengan anak-anak di Restoran Bismillah yang terletak berhadapan komuter Klang. Gambar : Saya bersama anak-anak.   (Macam biasa,waktu pagi layan roti canai dan teh tarik.Untuk anak-anak semestinya Milo ais)                                                                                                                               (Budak kecik comel yang khusyuk menikmati roti canai) Kalau nak tahu kedai mamak ini terkenal dengan mi goreng mamaknya yang sedap,lebih sed...