Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Tutorial TelekungKidz -Inspirasi Muslimah Cilik

Menerima Tempahan -Jahit Pukal Telekung Kanak-Kanak

Salam, TelekungKidz-Tailoring House menyediakan perkhidmatan 'Jahit Pukal' bagi telekung kanak-kanak,baju kurung dan jubah kanak-kanak. Sila hubungi :- Pn Linda 019-2121540 (video Amanda El Billah memakai telekung dari material lycra)

Peluang Menambah Pendapatan-TelekungKidz -Tailoring House

Bismillah. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi rezeki kepada semua yang mencari peluang menambah pendapatan.Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjahit telekung kanak-kanak,pakaian kanak-kanak dan sejadah untuk menghubungi saya melalui :- 1) Whatsapp / call /sms :- 019-2121 540 2) Email : roslinda.arifin@gmail.com Peluang terbuka kepada semua yang mempunyai kemahiran dan pengalaman menjahit. Terima Kasih.

Kenapa Bayi Dibedung?

Bismillah. Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang topik yang agak menarik iaitu "Kenapa Bayi Dibedung". Jika kita lihat senario ibu-ibu sekarang yang tidak lagi mengamalkan membedung bayi dengan alasan bayi panas,bayi tak suka,bayi rimas dan apa sahaja alasan.Sebenarnya bukan alasan dari bayi,mungkin agaknya hanya alasan dari si ibu. Tahukah Anda? Bayi mengalami perubahan alam iaitu dari alam rahim ke dunia nyata.Bedung membantu bayi supaya tidak rasa terkejut dengan perubahan ini.Bayi akan perlahan-lahan memahami alam baru.Kain bedung bertindak sebagai pengganti dinding rahim yang selama ini menjadi pelindung mereka.Pergerakan mereka semasa di dalam perut ibu yang dibatasi dengan dinding rahim,kini diganti dengan kain bedung.Pada zaman dahulu ibu-ibu membedung bayi dengan alasan bayi mudah 'terkejut' atau 'gamam' kata sesetengah orang tua-tua. Bayi Mudah Tidur Jika Dibedung Ya,...

Anak Tantrum atau Buat Bising Di Masjid Ramadhan ini?Bagaimana Mengatasinya.

Salam Ramadhan, Alhamdulillah,dah hari ke-3 berpuasa.Tahniah kepada adik-adik yang dapat berpuasa penuh.Ibu-ibu tolong sampaikan salam tahniah saya ya.Yang pasti solat 5 waktu jangan ditinggalkan demi berpuasa.Kewajipan solat perkara utama,5 waktu yang mesti dijaga.Waktu terbaik untuk didik anak solat juga pastinya dalam bulan Ramadhan. Saya amat dukacita bila terdengar cerita rakan sebaya yang bawa anak kecil ke masjid dan ditegur oleh individu yang nampaknya tak selesa dengan kehadiran anak-anak kecil ke masjid.Ma Shaa Allah,kalau boleh masjid itu jadi tempat bermain anak-anak,pastinya hati anak-anak akan ke masjid.Tempat bermain maksud saya bukan bermain yang boleh mengganggu suasana masjid sebagai tempat beribadah.Banyak aktiviti kanak-kanak yang boleh dilakukan di masjid sebenarnya.Cuma kita kena tahu apa aktiviti yang bersesuaian. Ibu bapa perlu mempelajari teknik atau mengatur strategi yang betul jika mahu anak-anak ke masjid tanpa mengganggu jemaah.Tapi pada saya ...

Iman Tidak Dapat Diwarisi

Iman memang tidak boleh diwarisi,tetapi menjadi kewajipan ibu bapa untuk mencorakkan kain putih anaknya.Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda,yang dinyatakan oleh Abu Hurairah yang bermaksud "Tidaklah setiap yang lahir melainkan diklahirkan dalam keadaan fitrah,maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,Kristian ataupun Majusi (Riwayat Al-Bukhari) Untuk pembelian dan tempahan ; Sila hubungi :- Puan Roslinda Whatsapp : 019-2121 540 Email : roslinda.arifin@gmail.com

TelekungKidz Official