Teluk Intan merupakan bandar bersejarah.Nama lama bagi Teluk Intan ialah Telok Anson dan terdahulu dikenali sebagai Teluk Mak Intan. Di antara bangunan dan peninggalan bersejarah yang terdapat di Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan,Balai Polis dan Jambatan Sg Bidor dan Istana Raja Muda. Perjalanan dari pekan Teluk Intan kami melalui Istana lama yang tidak diselenggara dan akhirnya bangunan tersebut mereput dan dijaga dalam kawasan berpagar. (Gambar ini diambil dari tepi jalan utama) (Kawasan istana yang terbiar menjadi bahan sejarah) Kami meneruskan perjalanan menuju ke sungai.Di sini kami akan melalui sebuah sekolah rendah yang dikenali dengan Sek.Keb Sultan Idris II.Haaa inilah sekolah rendah saya.Setelah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan di sinilah pendidikan pertama saya.Guru kelas yang tak mungkin saya lupakan ialah Puan Faridatul Azna yang telah banyak menjaga saya dan mendidik saya sepanjang 6 tahun di sekolah. (Anak-an...