Tarikh : 7/11/2018 Masa : 5:19 pm Penulis : Mama Adda Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.Kita baru sahaja meraikan Hari Cuti bersama keluarga sempena perayaan Deepavali.Alhamdulillah,masa bersama keluarga adalah masa paling penting bagi anak-anak kita.Setiap kali cuti pasti anak-anak akan menagih janji dengan ibu-bapa untuk membawa mereka keluar beriadah dan membeli-belah. CEO Adda Wardrobe,Amanda El Billah pula baru sahaja bersama dengan tim MyCEO di Karnival Usahawan Cilik yang diadakan di The Strand Encorp Mall,Kota Damansara bersama Abang Firas. Alhamdulillah,objektif tercapai dan banyak pengalaman yang dikutip di sana.Ahaaa...tetapi sebelum menyertai Karnival Usahawan Cilik pada 4 Oktober Amanda terlebih dahulu sempat 'photoshoot' bersama Uncle Fizi untuk koleksi Telekung Sekolah. Bulan November ini ramai anak-anak sudah pun menduduki peperiksaan akhir tahun.Khabarnya tahun hadapan peperiksaan tahap akan dimansuhkan dan digantikan dengan ...