Salam, Ramadhan hampir ke hujungnya.Namun masih tidak terlambat untuk kita semak 'checklist' Ramadhan bersama anak-anak.Semoga bermanfaat :- Tip Melatih Anak Berpuasa ------------------------------------- Tunjukkan rasa bahagia kita apabila tiba bulan Ramadhan Sediakan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan melalui perbincangan keluarga.Beri peluang kepada anak-anak bagi memberi cadangan.Hargai cadangan mereka dengan pujian dan doa.Anak-anak akan berasa lebih terikat dengan cadangan mereka sendiri. Baca Al-Quran selepas menunaikan solat.Supaya lebih menyeronokkan,baca secara bergilir-gilir.Tunjukkan kebahagiaan kita apabila mendengar bacaan anak-anak. Ajar anak-anak bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan.Contohnya,berbuka puasa secara sederhana. Sediakan tabung Ramadhan dan isi pada setiap hari untuk disedekahkan kepada fakir miskin pada akhir bulan Ramadhan. Solat berjemaah di masjid sekerap mungkin.Penuhkan masa dengan...