Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

6 Tips Didik Anak Nilai Duit

Salam, Bismillahirrahmanirrahim. Dah lama rasa nak kongsi cerita saya dengan kerenah anak-anak yang bijak pandai sekarang ni.Sebenarnya rasa nak kongsi semua cerita.Ya,selepas alam percintaan seorang wanita yang dah mempunyai anak pasti beralih arah cinta pandang pertama dengan suami dulu bertukar sekelip mata dengan kehadiran anak-anak. Jangan buat kesimpulan jauh sangat,lihat je “profile picture” di akaun-akaun seperti facebook,instagram atau google plus.Masa bujang gambar sendiri,bila dah kahwin gambar berdua,bila dah ada anak,gambar anak sahaja atau gambar anak dan ibu.Gambar ayah jarang masuk sekali.Agaknya masih berpegang kepada pantang bergambar bertiga kot ya.Haha,kalau anak dah dua bolehla gambar berempat.Apa pun itu bukan isu utama.Saya sendiri rasakan perkara yang sama.Bila ada anak ni,rasa nak tatap wajah anak tu tak cukup setiap hari.Sampai waktu anak tidur pun kita nak tatap wajah dia orang ni.Memang itulah cinta hati yang paling dalam.Wajah penghuni syurg...