Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Telekung Cotton Smocking Plain

Adda Wardrobe -TelekungKidz Tailoring House

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Adda Wardrobe -TelekungKidz Tailoring House ingin bersama menyumbang kepada komuniti setempat.Kami bekerjasama dengan beberapa kumpulan perseorangan dan NGO bagi menjayakan beberapa program kemasyarakatan khusus bagi membantu mereka yang memerlukan seperti golongan ibu tunggal dan asnaf. Golongan ini diberi peluang untuk menghadiri kelas menjahit secara PERCUMA.Kami menyeru kepada semua,bagi menjayakan program ini supaya berterusan dan seterusnya dapat kita sama-sama membantu masyarakat setempat,marilah sama-sama menyumbang tenaga dan sedekah dalam bentuk berikut :- 1) Kelengkapan alat jahitan - Sewing Kit 2) Kain pasang bagi tujuan kelas jahitan asas  3) Sumbangan duit bagi keperluan kelas 4) Tenaga Pengajar Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian :- Roslinda Arifin WA : 019-2121 540 No.3,Gerai Masjid Kampung Kuantan 41300 Klang Selangor Darul Ehsan (berhadapan Masjid kg Kuantan) ...

ApronKidz dan Beg Telekung

14 Oktober 2015 1 Muharam 1437 H Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah. Kami warga Adda Wardrobe mendoakan semoga kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Sempena Maal Hijrah,kami berbesar hati mengeratkan silaturrahim bersama rakanniaga,sahabat,keluarga dan pelanggan yang tak jemu-jemu menyokong perjalanan perniagaan kami. Kami dipertemukan di majlis pembukaan kedai jahit Adda Wardrobe-Tailoring House dan Adda Wardrobe Studio.Di butik comel kami yang menawan ramai hati pelanggan,kami menyediakan pelbagai barangan dan pakaian kanak-kanak khususnya telekung,sejadah dan tudung. Di samping itu juga kami sedia menerima tempahan seperti beg telekung dan apron kanak-kanak.Anda boleh menjadi rakanniaga kami sekarang. Semoga urusan kita dipermudahkan di tahun yang penuh mencabar ini. Salam sayang, Roslinda Arifin 019-2121 540 Founder :TelekungKidz-Inspirasi Muslimah Cilik